Kenyataan Kit Siang tidak tepat sama sekali

Najib Razak

Saya tidak faham dengan Lim Kit Siang ini.

Bila saya tak setuju dengan beliau, dia marah. Bila saya bersetuju dengannya, pun dia marah.

Kit Siang baru sahaja keluarkan kenyataan bahawa dia terkejut kerana saya bersetuju dengannya meminta kerajaan memulakan siasatan khas terhadap kesemua kes pembunuhan yang PH pernah libatkan saya.

Kit Siang marah saya kerana kononnya tiada siasatan di atas kesemua kes ini semasa saya masih Perdana Menteri. Kononnya saya tidak mahu keadilan semasa itu dan hanya mahu keadlilan selepas saya hilang kuasa.

Tidak betul, Kit Siang.

Kes Teoh Beng Hock dibicarakan di Mahkamah Tinggi, di Mahkamah Rayuan dan juga di Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).

Kes Altantuya dan Hussain Najadi dibicara selama bertahun-tahun di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan di Mahkamah Persekutuan.

Kes Kevin Morais di mana 7 orang dituduh juga telah mula dibicarakan di Mahkamah Tinggi sejak April 2017.

Siapa kata tidak pernah disiasat?

Masalah Kit Siang dan PH ialah mereka tetap akan menolak segala siasatan dan keputusan mahkamah dengan alasan siasatan dan kehakiman semasa kerajaan BN tidak adil kerana mereka hanya mahu fitnah mereka terhadap saya diteruskan.

Kini Kit Siang dan PH tidak ada alasan lagi.

Semua kertas siasatan, kuasa agensi-agensi siasatan untuk ketiga-tiga kes pembunuhan dan mahkamah ada pada tangan Kerajaan PH.

Tiada sebab untuk mereka tidak mengambil langkah itu tanpa lengah dan perlu segera mewujudkan siasatan khas sebagaimana diarahkan Kit Siang melainkan mereka masih ada rancangan untuk menggunakan isu ini pada masa depan untuk terus memfitnah saya.

Saya mahu bertanya secara terus-terang kepada Kit Siang:

Saya tahu saya tidak tidak ada kena-mengena dengan kematian kesemua mangsa-mangsa ini. Oleh itu, saya sudah setuju dengan anda agar siasatan khas dijalankan.

Adakah kamu masih mahu siasatan khas dibuka sebagaimana gesaan anda dua hari lalu kepada kerajaan PH untuk laksanakan? Adakah kamu akan memujuk Perdana Menteri untuk melakukan ini serta-merta?

Sumber: Najib Razak

Comments

Comments


Loading...