Kenyataan Ku Li bukti beliau pegang pada prinsip

Veteren UMNO dan ahli parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah. Sumber (gambar): Fail TTF

كڽاتأن كو لي بوقتي بلياو ڤڬڠ ڤد ڤرينسيڤ

Ketegasan Tengku Razaleigh Hamzah menggesa ahli parlimen UMNO supaya berundur dari kerajaan membuktikan beliau berpegang kepada prinsip, bukannya wang, kuasa dan kedudukan.

Ahli Parlimen Gua Musang itu, yang lebih dikenali sebagai Ku Li, menjelaskan keputusan PPBM menerima bukan Melayu bermakna parti itu tidak lagi boleh menjadi sebahagian daripada pakatan pemerintah Melayu-Islam yang disokong Muafakat Nasional.

Saya menyokong penuh kenyataan Ku Li dan turut menggesa seramai mungkin ahli parlimen dari PPBM dan Team B UMNO untuk tidak membuang masa lagi dan terus mengisytiharkan keluar dari kerajaan jika benar berpegang pada prinsip perjuangan agama, bangsa dan negara.

Sudah tiba masanya politik wang, kuasa dan kedudukan serta kepalsuan yang melanda negara ini ditamatkan agar satu pentadbiran yang benar-benar berjiwa rakyat dapat diwujudkan dengan kadar segera.


PETALING JAYA: Ketegasan Tengku Razaleigh Hamzah menggesa ahli parlimen UMNO supaya berundur dari kerajaan membuktikan beliau berpegang kepada prinsip, bukannya wang, kuasa dan kedudukan.

Ahli Parlimen Gua Musang itu, yang lebih dikenali sebagai Ku Li, menjelaskan keputusan PPBM menerima bukan Melayu bermakna parti itu tidak lagi boleh menjadi sebahagian daripada pakatan pemerintah Melayu-Islam yang disokong Muafakat Nasional.




“Umno tidak pernah menjadi anggota kerajaan PN, (sebaliknya) hanya memberi sokongan dari awal penubuhan kerajaan ini untuk menjaga dan memelihara kestabilan politik negara.

“Dengan berlakunya perubahan yang diumumkan oleh Bersatu, wajar ahli-ahli Umno yang menganggotai kabinet berundur daripada melibatkan diri dalam kerajaan sekarang,” katanya.

Semalam, TTF menulis:

Muafakat Nasional pada asalnya dianggotai oleh UMNO dan PAS sahaja tetapi kini membabitkan PPBM sekali selepas PAS dan UMNO bertindak mempelawa bekas parti Pakatan Harapan itu untuk bersama mereka.

Walaubagaimanapun, selang beberapa hari selepas PPBM menerima pelawaan itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba-tiba mengumumkan hasrat PPBM untuk meminda perlembagaan parti itu bagi membenarkan bukan Muslim pegang jawatan dalam parti.

Ini sekaligus menimbulkan seribu satu tanda tanya memandangkan PPBM pada dasarnya keluar dari Pakatan Harapan atas alasan ingin bersama-sama PAS dan UMNO untuk membentuk sebuah kerajaan Melayu-Islam demi perpaduan ummah.

Ianya turut merendahkan martabat Muafakat Nasional kepada satu permuafakatan pelik memandangkan gabungan itu yang asalnya ditubuhkan untuk “menyatukan ummah” kini akan dianggotai oleh masyarakat berbilang agama.

Loading...

Barangkali parkara yang paling aneh ialah kerelaan UMNO untuk tiba-tiba bersama PPBM dan PAS bawah bumbung Muafakat Nasional tetapi keenganannya untuk bersama parti-parti yang sama bawah bumbung Perikatan Nasional.

Saya menyokong penuh kenyataan Ku Li dan turut menggesa seramai mungkin ahli parlimen dari PPBM dan Team B UMNO untuk tidak membuang masa lagi dan terus mengisytiharkan keluar dari kerajaan jika benar berpegang pada prinsip perjuangan agama, bangsa dan negara.

Sudah tiba masanya politik wang, kuasa dan kedudukan serta kepalsuan yang melanda negara ini ditamatkan agar satu pentadbiran yang benar-benar berjiwa rakyat dapat diwujudkan dengan kadar segera.

RJ RITHAUDEEN

RUJUK JUGA:

Barisan Nasional, Perikatan Nasional sah menipu rakyat

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...