KENYATAAN MEDIA BERHUBUNG LAPORAN SPRM SAYA TERHADAP DATO’ AMBIGA SREENEVASAN

“Tommy Thomas, yang pada ketika itu merupakan peguam untuk Bank Islam, telah membocorkan maklumat-maklumat rahsia berkenaan urusan-urusan peribadi dan perakaunan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kepada Ambiga, yang seterusnya bertindak memberikan maklumat-maklumat tersebut kepada orang-orang tertentu di PKR”

Raggie Jessy Rithaudeen

Hari ini bersamaan 7hb February 2019, di seikitar pukul 3.20 petang, saya telah membuat satu laporan terhadap Dato’ Ambiga Sreenevasan di pejbat SPRM (MACC) di Seksyen 16, Shah Alam, Selangor. Laporan tersebut bekait lagsung dengan kes saman fitnah yang dibawa oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang, terhadap pemilik dan pengendali blog Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown.




Tujuan saya membuat laporan tersebut adalah bagi meminta pihak MACC menyiasat perkara-perkara berikut:

1. samada benar kenyataan yang terkandung dalam Defence and Counterclaim statement yang difailkan oleh peguam-peguam Clare di Mahkhamah Tinggi London pada 11hb Oktober 2017, dan

2. samada Ambiga mempunyai bukti bahawa Dato’ Seri Najib Tun Razak telah menyogok pemimpin-pemimpin PAS dengan wang suapan sebanyak RM90 juta.

Kenyataan yang dimaksudkan dalam Defence and Counterclaim statement yang tersebut di atas mendakwa bahawa Ambiga merupakan orang yang menceritakan kepada Clare bahawa Najib menyogok pemimpin-pemimpin PAS dengan wang suapan RM90 juta.

Saya telah meminta pihak MACC mengunakan kuasa sepenuhnya yang diberikan kepada suruhanjaya tersebut di bawah Perlembagaan Persekutuan dan akta-akta yang berkaitan untuk memaksa Ambiga menjawab perkara-perkara tersebut di atas.

Saya turut meminta pihak MACC untuk menyiasat Ambiga di bawah Seksyen 52 (a) untuk memastikan samada beliau mempunyai bukti kukuh berkenaan pembayaran RM90 juta tersebut sekiranya benar beliau menceritakan perkara tersebut kepada Clare.

Loading...

Akhir sekali, saya telah meminta pihak MACC untuk turut menyiasat samada Ambiga pernah menerima apa-apa habuan berbentuk wang suapan dari Clare ataupun mana-mana pihak berkepentingan untuk mengeluarkan kenyataan-kenyataan palsu terhadap Najib, Hadi dan PAS.

Dalam sidang media yang berlangsung selepas laporan selesai dibuat, saya telah, antaralain, memaklumkan kepada pihak media bahawa Ambiga pernah terlibat dalam satu konspirasi bersama Peguam Negara Tommy Thomas untuk menjatuhkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semasa Khalid masih lagi Menteri Besar Selangor.

Tommy Thomas, yang pada ketika itu merupakan peguam yang mewakili Bank Islam, telah membocorkan maklumat-maklumat rahsia berkenaan urusan-urusan peribadi dan perakaunan Khalid kepada Ambiga, yang seterusnya bertindak memberikan maklumat-maklumat tersebut kepada orang-orang tertentu di PKR.

Maklumat-maklumat tersebut, yang berasal dari Bank Islam, akhirnya diselitkan ke dalam satu dossier yang disediakan oleh Saifuddin Nasution.

Untuk makluman, dossier inilah yang menjadi asas kepada inisiatif Langkah Kajang oleh gandingan Rafizi Ramli, Saifuddin Nasution dan Anwar Ibrahim untuk menggulingkan Khalid Ibrahim bagi memberi ruang kepada Anwar menjadi Menteri Besar Selangor.

Sekian sahaja kenyataan dari saya.

Saya Yang Benar,

Raggie Jessy Rithaudeen

Ketua Pergerakan Malaysiaku Tanahairku

Ketua Kumpulan Penggerak TTF



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...