KENYATAAN MEDIA BIRO EKONOMI PERKASA MALAYSIA

Dr Mohammad Nizam Bin Baharom

1. KONTRAKTOR BUMIPUTERA IBARAT ”HIDUP SEGAN MATI TIDAK MAHU” APABILA KERAJAAN MEMBUAT ”TENDER TERBUKA”

Barangkali ungkapan tersebut yang mejadi kenyataan akan menjadi salah satu mimpi ”ngeri” dikalangan kontraktor bumiputera yang dimana masih menapak mencari peluang di bumi Malaysia. Mimpi ngeri yang dimana perniagaan yang dijalankan dikehendaki bersaing dikalangan kontraktor kontraktor bukan bumiputera yang mereka sendiri tahu bukan ”calang calang’ didalam perniagaan kontrak pembinaan didalam negara.




2. TENDER TERBUKA SALAH SATU MENUTUP BANTUAN KERAJAAN SECARA ”SENYAP SENYAP” KEPADA BUMIPUTERA

2.1  Mengapa ini berlaku tanpa melakukan rundingan dikalangan NGO NGO kontraktor bumiputera, adakah ini salah satu tindakan keraajaan yang di mana Kementerian Kewangan di pegang oleh DAP yang hanya menggunakan alasan kesemarataan dikalangan rakyat Malaytsia

2.2  Adalah ini satu tindakan yang mengecewakan oleh pihak kerajaan yang tidak mengambil peduli hak rakyat yang dimana rata rata masih berada di bawah kelas B40. Adalah kerajaan perlu ingat jika ingin menaikkan taraf bumiputera kerajaan harus melihat kepada peningkatan ekonomi nya dan salah satu cabang nya ialah dengan membuka peluang perniagaan kepada golongan ini.

2.3  Berdasarkan rekod, kedudukan ekonomi bumiputera masih lagi jauh kebelakang terutama sekali kepada golongan usahawan bumiputera yang menjalan perniagaan kontraktor kerana mereka masih lagi bekerja mencari peluang daripada kerajaan. Pihak kerajaan perlu bertanggungjawab menyediakan peluang perniagaan kepada kontraktor bumiputera ini kerana golongan ini juga sebagai pemangkin ekonomi malaysia

3. TINDAKAN MENGENEPI KONTRAKTOR BUMIPUTERA ATAS DASAR “KESEMARATAAN” SECARA TIDAK LANGSUNG MENIDAKKAN HAK KEISTIMEWAAN KAUM BUMIPUTERA

3.1  Suka saya ingin ulangi adalah sudah termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia Perkara 153 (6)bahawa hak keistimewaan bumiputera ada bumiputera mengendalikan apa apa pertukangan dengan menyediakan permit kepada mereka dan di pertanggungjawabkan memastikan perizaban apa apa permit kepada orang melayu.

3.2. Ini bermakna jika golongan usawaha kontraktor bumiputera adalah mempunyak hak keatas permit dan lesen bumiputera dan juga mendapat hak dimana mana projek yang ditawarkan oleh pihak kerajaan.

Loading...

3.3. Oleh itu jangan lah menidakkan hak keistimewaan dengan dia atas dasar hak kesemarataan ini kerana kaum bumiputera masih perlu dibantu dan hak ini sudah termaktub dan tidak perlu menafikan lagi dengan memainkan issue yang dimana kami digolongkan didalam golongan “Pemalas” untuk mencari projek dengan mudah

4. ADAKAH TINDAKAN TENDER TERBUKA “ECRL” AKAN MENGUJI DAYA SAING KONTRAKTOR BUMIPUTERA DENGAN KONTRAKTOR ASING?

4.1  Golongan kontraktor adalah golongan yang banyak menyumbang kepada sektor ekonomi kerajaan pada masa ini lebih 60% daripada 40,000 kontraktor bumiputera kelas G1 hingga G7 didapati tidak aktif sebab kekurangan projek. Dan didalam keadaan ekonomi sekarang kontraktor yang paling terjejas ialah kelad G1 (kelas F) dianggarkan lebih 24,000 kontraktor mengalami masalah masalah dari segi mendapatkan projek. Akibatnya mereka akan mengalami masalah “cash flow” untuk meneruskan perniagaan mereka. Oleh itu kami dari BIRO EKONOMI PERKASA meminta pihak kerajaan perlu mengambil tindakan segera bagi menangani issu ini dan janganlah mengambil peluk tubuh.

4.2. Dari segi daya saing diantara Kontraktor Tempatan Bumiputera adalah lebih banyak pengalaman dan kerajaan dahulu sudah melahirkan pakar pakar dalam bidang pembinaan yang mereka ceburi sekian lama. Tindakan membuka kepada kontraktor luar adalah menampak kan ada “double standard” dan ini akan membuat kontraktor tempatan “berkubur” akibat “double standard” diatas polisi kesemarataan dibawah kerajaan baharu.



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...