KENYATAAN MEDIA: G3 SOKONG PAS, SPRM PERLU SIASAT DAP dan PAN

Amran Ahmad Nor

Gagasan Tiga (G3) menyambut baik gesaan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mahukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia turut menyiasat dana parti politik lain seperti DAP dan PAN.

Ini kerana, berdasarkan pengalaman saya bersama DAP bertahun lamanya sebelum PRU14, saya dapati DAP berbelanja secara bermewah-mewah melebihi kemampuan terutama ketika musim pilihanraya.

Corak perbelanjaan DAP ini terutama dalam publisiti media sosial yang besar dan belian Trak Ubah dalam kempen seluruh negara tidak sepadan dengan keadaan parti itu yang hanya memerintah di Pulau Pinang dan Selangor sahaja sebelum PRU14.


Dari penganjuran majlis makan malam mengumpul dana (FRD) yang tidak terkawal dan dipercayai melibatkan belian meja oleh banyak syarikat sehinggalah penjualan barangan serta kutipan derma, semua urusniaga ini menimbulkan kecurigaan mengenai siapa penyumbang disebaliknya.

Itu belum termasuk pembiayaan dan penyaluran dana membabitkan beberapa organisasi berkait DAP seperti REFSA dan Genta Media yang banyak digunakan untuk mengadakan program parti.

Hari ini, G3 sangat risau jika DAP yang kini berkuasa, menerajui banyak kementerian utama perlu ‘membalas jaga’ para penyumbang menerusi pemberian kontrak dan perniagaan.

DAP yang kini mempunyai 42 ahli Parlimen dan 108 ADUN perlu terlebih dahulu bersikap telus dan berintegriti dengan menjelaskan kepada pihak berkuasa dalam semua aspek perolehan dan perbelanjaannya sebelum menuduh parti seterunya mengenai hal tersebut. 

Amran Ahmad Nor
Ahli seumur hidup DAP (dipecat)
Bekas Timbalan Pengerusi Biro Buruh DAP
Bekas pegawai khas ketua menteri P Pinang
Timbalan Pengerusi G3

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...