KENYATAAN MEDIA: GBN PUSAT TIDAK MEMPUNYAI SEBARANG WAKIL BERJAWATAN DALAM MANA-MANA PARTI POLITIK

Raggie Jessy Rithaudeen (kiri) dan Rosdzaman Dato’ Mohd Yusup (kanan). Sumer (gambar): GBN

“GBN tidak mempunyai sebarang wakil berjawatan dalam mana-mana parti politik di tanah air. GBN turut tidak dibiayai oleh mana-mana pemimpin parti politik ataupun entiti bukan politik yang wujud di tanah air pada ketika ini”

GERAKAN BANGSA NASIONAL

Lembaga Pengarah Kebangsaan (LPK) Gerakan Bangsa Nasional (GBN) semalam memutuskan sebulat suara untuk menubuhkan satu entiti rasmi berdasarkan sembilan (9) teras perjuangan ke arah memelihara kedaulatan Islam, institusi raja-raja Melayu serta memperjuangkan nasib dan kepentingan bangsa Melayu-Islam, Bumiputra dan Pribumi.

GBN turut memutuskan untuk berganding bahu dengan mana-mana entiti lain yang berteraskan penyatuan bangsa nasional dan akan berpegang teguh kepada sembilan teras yang diikrarkan oleh perwakilan GBN menerusi Deklarasi Selangor pada 15hb April 2019.




Keputusan-keputusan ini dicapai menerusi satu mesyuarat khas yang berlangsung di bilik gerakan pusat GBN lewat pagi semalam bagi membincangkan perkembangan politik semasa yang dilihat makin mengelirukan, bercelaru dan menjurus kepada perpecahan masyarakat Melayu-Islam, Bumiputra dan Pribumi.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan saudara Rosdzaman Dato’ Mohd Yusup dan turut dihadiri Pengerusi Bersama pusat Raggie Jessy Rithaudeen, pengerusi-pengerusi GBN Selangor, Perak, Kelantan dan Melaka serta wakil-wakil dari sembilan pergerakan bukan politik dan beberapa ketua kampung.

Setelah berunding selama lima jam, kesemua yang hadir mencapai kata sepakat melibatkan halatuju negara serta masyarakat Melayu-Islam dan bersetuju sebulat suara untuk mengumumkan yang berikut:

1. GBN akan menubuhkan satu entiti rasmi sebelum bulan Mac 2020 dan menerima keahlian dari kalangan umum.

2. GBN harus mengeluarkan kenyataan media dari masa ke semasa bagi menyatakan pendirian rasmi LPK berkenaan isu-isu politik.

3. GBN wajib menganggap Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai masalah terbesar yang harus ditangani masyarakat Melayu-Islam, Bumiputra dan Pribumi pada ketika ini.

Ini memandangkan Anwar diketahui bersekongkol dengan DAP atas kepentingan peribadi beliau biarpun tahu parti tersebut anti-Islam dan berniat memecah belahkan masyarakat Melayu-Islam.

Loading...

Kesemua yang hadir diberikan bukti berkenaan persetujuan-persetujuan yang dicapai di antara Anwar dan DAP.

4. GBN wajib menganggap dua orang pemimpin kanan UMNO yang bersekongkol dengan Anwar sebagai pemimpin yang perlu ditentang oleh masyarakat Melayu-Islam sekeras-kerasnya.

Ini memandangkan pemimpin-pemimpin tersebut sanggup berganding bahu dengan Anwar biarpun tahu beliau bersetuju mengangkat seorang pemimpin kanan DAP sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Kesemua yang hadir turut diberikan bukti berkenaan hubungan kedua-dua pemimpin tersebut serta persetujuan-persetujuan yang dicapai oleh Anwar dengan mereka.

5. GBN wajib menganggap DAP sebagai musuh Islam, bangsa dan negara dan tidak boleh mengadakan apa-apa persetujuan dengan parti tersebut sampai bila-bila.

6. GBN tidak boleh masuk campur urusan dalaman parti-parti politik Melayu dari pihak pembangkang buat ketika ini tetapi boleh memberi ruang kepada penyokong-penyokong GBN untuk menyuarakan pendapat berdasarkan prinsip kebebasan bersuara dan berjuang ke arah kebenaran.

7. GBN harus menganggap mana-mana parti berteraskan Islam sebagai kawan selagi tidak ada sesiapa dari kalangan pucuk pimpinan parti berkenaan bersekongkol dengan Anwar, DAP ataupun mana-mana pihak yang dianggap LPK sebagai musuh masyarakat Islam.

8. GBN wajib menolak sekeras-kerasnya sebarang bentuk kerjasama dengan mana-mana pemimpin yang taksub dengan Wang, Kuasa dan Kedudukan (WKK).

9. GBN tidak mempunyai sebarang wakil berjawatan dalam mana-mana parti politik.

10. GBN turut tidak dibiayai oleh mana-mana pemimpin parti politik ataupun entiti bukan politik yang wujud di tanah air pada ketika ini.

Mesyuarat semalam diakhiri dengan lafaz ikrar bahawa GBN tidak akan kenal penat atau lelah dalam memperjuangkan nasib rakyat Malaysia, khususnya masyarakat Melayu-Islam, Bumiputra dan Pribumi.

Sekian, harap maklum.



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...