KENYATAAN MEDIA: KERAJAAN BANTU PENGERUSI RUNDINGAN BERSAMA SARAWAK, PETRONAS KE ARAH KESEPAKATAN

Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Sumber (gambar): Fail TTF
Berikut merupakan salinan kenyataan media Pejabat Perdana Menteri sepertimana ianya diedarkan kepada pihak media:

KENYATAAN MEDIA

PEJABAT PERDANA MENTERI

Sejak usaha untuk menyemak pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 bermula secara rasminya pada Disember 2018, Kerajaan Negeri Sarawak dan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) telah berjaya mencapai kata sepakat untuk memilih penyelesaian dalam rundingan mengenai urusan minyak dan gas serta cukai jualan ke atas produk petroleum di Sarawak.

Penyelesaian ini merupakan pendekatan yang mampan dari segi ekonomi, kewangan dan sosial negara pada jangka panjang. Ini juga selari dengan dasar utama Kerajaan, iaitu Wawasan Kemakmuran Bersama, yang bermatlamat untuk berkongsi kemakmuran negara merentas kumpulan pendapatan, etnik dan wilayah di negara ini.

Di samping itu, penyelesaian tersebut akan memberi ruang kepada Kerajaan Negeri Sarawak untuk penglibatan bersama dalam pembangunan industri minyak dan gas bersama PETRONAS di negeri berkenaan, tanpa mengubah peranan PETRONAS sebagai syarikat minyak negara yang mempunyai kuasa penuh dalam mengawal selia seluruh pembangunan industri minyak dan gas di negara ini, selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.




Jawatankuasa yang akan dipengerusikan bersama oleh YB Menteri Kanan Kerja Raya dan YB Menteri Kewangan akan memastikan rundingan diteruskan ke arah penghasilan yang diterima oleh semua pihak.

YAB Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin

Perdana Menteri Malaysia

8 Mei 2020



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...