KENYATAAN MEDIA: LAPORAN POLIS TERHADAP LIM GUAN ENG, TOMMY THOMAS, SPRM DAN PIHAK-PIHAK BERKAITAN BERHUBUNG SKANDAL TEROWONG DASAR LAUT PULAU PINANG

Raggie JessyRithaudeen

Pada hari Selasa, di sekitar pukul 12.00 pagi, saya telah membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, Selangor, berhubung satu siri pendedahan oleh blogger Raja Petra Kamarudin menerusi portal Malaysia Today.

Pendedahan yang dimaksudkan terkandung dalam satu siri dokumen yang didakwa Petra merupakan petikan dari dokumen-dokumen asal milik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) berkenaan siasatan suruhanjaya tersebut terhadap skandal projek Terowong Dasar Laut di Pulau Pinang.

Menerusi pendedahan-pendedahan tersebut, jelas dilihat bahawa pihak SPRM telah lama mengesyaki berlakunya kepincangan dalam pentadbiran kerajaan Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng sebelum pilihanraya umum ke-14 (PRU14) hinggakan berlakunya skandal melibatkan projek terowong tersebut.


Sekiranya dokumen-dokumen yang didedahkan Petra benar-benar dari SPRM, sudah tidak syak lagi bahawa pihak SPRM telah lama mempunyai maklumat yang sahih untuk mendakwa Lim Guan Eng dan beberapa pemimpin dari Pakatan Harapan di mahkhamah atas tuduhan memperolehi keuntungan dengan cara tidak halal dan tidak sah menerusi projek terowong tersebut.

Setelah mengkaji dokumen-dokumen tersebut dan juga perkembangan-perkembangan politik yang berkaitan, saya mengesyaki bahawa pihak SPRM telah bersekongkol dengan Tommy Thomas, kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan dan juga pemimpin-pemimpin tertentu dari DAP untuk melindungi Lim Guan Eng daripada dihadapkan ke mahkhamah.

Justeru, saya telah merayu kepada pihak Polis Diraja Malaysia, khususnya Ketua Polis Negara, iaitu Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, supaya melakukan siasatan terperinci dengan kadar segera atas perkara-perkara berikut:

1. Kemungkinan berlakunya konspirasi melibatkan Tommy Thomas, Lim Guan Eng dan SPRM untuk melindungi Lim Guan Eng daripada dihadapkan ke mahkhamah.

2. Penglibatan kesemua pemimpin Pakatan Harapan yang dinamakan dalam pendedahan-pendedahan Petra, termasuk Lim Guan Eng dan P. Ramasamy, dalam skandal projek Terowong Dasar Laut di Pulau Pinang.

3. Penglibatan pengarah Konsortium Zenith BUCG dalam skandal projek Terowong Dasar Laut di Pulau Pinang.

4. Penglibatan exco-exco DAP Pulau Pinang dalam usaha melindungi Lim Guan Eng daripada dihadapkan ke mahkhamah.

5. Samada projek terowong benar-benar wujud ataupun merupakan satu helah oleh Lim Guan Eng bersama-sama Konsortium Zenith untuk menghalalkan “pemberian tanah” kepada syarikat tersebut.

6. Samada ‘pembayaran’ RM219 juta kepada syarikat-syarikat tertentu untuk menjalankan “feasibility and design studies” benar-benar digunakan untuk tujuan yang dinyatakan ataupun disedut masuk ke dalam akaun-akaun individu tertentu bagi tujuan pembayaran rasuah, penerimaan habuan dan sebagainya.

7. Samada penganugerahan projek tersebut kepada Konsortium Zenith sah di sisi undang-undang ataupun melanggari “procurement laws”

8. Samada berlaku penipuan secara lisan ataupun bertulis oleh Lim Guan Eng menerusi media DAP, Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Buletin Mutiara ataupun mana-mana cabang lain bagi tujuan mengaburi mata rakyat dan pihak berkuasa berkenaan projek tersebut.

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...