KENYATAAN MEDIA PELANTIKAN EMPAT PENGERUSI BAHARU

Menteri Pembangunan Luar Bandar Putrajaya, Datuk Dr. Abd Latiff Ahmad. Sumber (gambar): Harian Metro

Berikut merupakan kenyataan medai oleh Dr Abd Latiff Ahmad sepertimana ianya diedarkan kepada pihak media:

KENYATAAN MEDIA

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR 

PELANTIKAN PENGERUSI MARA INCORPORATED (MARA INC.), PELABURAN MARA BERHAD (PMB), UNIVERSITI KUALA LUMPUR (UNIKL) DAN PUSAT PEMBANGUNAN REKA BENTUK MALAYSIA SDN. BHD. (DDEC) 

11 MEI 2020 

PUTRAJAYA: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) hari ini mengumumkan pelantikan empat (4) orang Pengerusi baharu di bawah agensi KPLB. Lantikan ini adalah bagi jawatan-jawatan Pengerusi di MARA Incorporated (MARA Inc.) merupakan syarikat yang terlibat dalam bidang hartanah, Pelaburan MARA Berhad (PMB) dalam bidang perkhidmatan kewangan, Universiti Kuala Lumpur (UNIKL) institusi yang terlibat dalam bidang pendidikan dan Pusat Pembangunan Rekabentuk Malaysia Sdn. Bhd. (DDEC) dalam bidang perkhidmatan perniagaan khususnya rekabentuk dan kreatif. 




Senarai empat (4) orang pengerusi yang baharu berkuat kuasa pada 15 Mei 2020 ini adalah seperti berikut: 

1. Emeritus Prof. Datuk Dr. Sukiman bin Sarmani Pengerusi
Universiti Teknikal MARA Sdn. Bhd. (Unitek-MARA)

2. Dato’SriAhmadAzizibinHjAli Pengerusi
MARA Incorporated (MARA Inc.)

3. DatukAzrulnizambinAbdulAziz Pengerusi
Pelaburan MARA Berhad (PMB)

4. TuanHjBurhanuddinbinMd.Radzi Pengerusi
Pusat Pembangunan Reka Bentuk Malaysia Sdn. Bhd. (DDEC)

Pihak kementerian yakin kesemua Pengerusi yang dilantik ini mempunyai ketokohan, keupayaan, kepakaran dan pengalaman yang luas serta menjiwai semangat perjuangan dalam merealisasikan visi dan misi di setiap agensi bawah KPLB. 

Melalui pelantikan dan pendekatan baharu ini juga, kementerian yakin MARA dan subsidiarinya akan terus dipacu dengan membawa aspirasi dan agenda perjuangan membangunkan sosioekonomi Bumiputera 

Loading...

dalam memastikan tiga sektor utama MARA meliputi keusahawanan, pendidikan dan pelaburan akan digerakkan secara seimbang dan menjadi teras strategik dalam membawa agenda Bumiputera ke tahap yang lebih tinggi. 

Tahniah di atas pelantikan ini dan diharap dapat memberikan perkhidmatan yang cemerlang untuk kemajuan Agensi pada masa akan datang. 

YB Datuk Dr. Abd Latiff Ahmad 

Menteri Pembangunan Luar Bandar Putrajaya.
11 MEI 2020 

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...