Kenyataan Media Pelantikan Pengerusi dan Anggota Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan

Dato’ Seri Najib Tun Razak

Sukacita saya ingin memaklumkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V telah memperkenankan pelantikan 6 anggota Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan / Enforcement Agency Integrity Commission (EAIC) untuk tempoh 3 tahun berkuatkuasa 1 November 2017.




Pelantikan ini adalah mengikut subseksyen 5(1) Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 [Akta 700].

Selaras dengan peruntukan ini juga, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikan semula 3 anggota Suruhanjaya yang terdahulu iaitu:

(i) ​Y.Bhg. Datuk Dr. Anis Yusal bin Yusoff
(Timbalan Pengerusi);
(ii) Y.Brs. Encik Lee Sow Siong; dan
(iii) Y.Brs. Puan Leong May Chan

dan 3 orang Pesuruhjaya yang baru iaitu:

(i) Y.Bhg. Dato’ A. Aziz bin A. Rahim(Pengerusi);
(ii) Y.Bhg. Dato’ Sabariah binti Hassan; dan
(iii) Y.Brs. Encik James Deva Nayagam Gnanaratnam

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong juga telah memperkenankan pelantikan Y.Bhg. Dato’ A. Aziz bin A. Rahim sebagai Pengerusi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan.

Pelantikan ini adalah berdasarkan kelayakan dan pengalaman luas beliau dalam perkhidmatan awam dan perundangan negara.

Loading...

Antara jawatan penting yang pernah diterajui beliau adalah sebagai Pakar Penasihat Jabatan Peguam Negara (2016-2017), Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia (2012-2016), Hakim MahkamahTinggi Kuala Lumpur (2009-2012) dan Hakim Mahkamah Tinggi Sarawak (2004-2009).

Bagi pihak Kerajaan, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Mantan Pengerusi EAIC Yang Arif Datuk Yaacob Hj Md. Sam serta mantan ahli-ahli Pesuruhjaya iaitu Y.Bhg. Tan Sri Datuk Dr. Zulkefli A.Hassan, Y.Bhg. Dato’ Sri Robert Jacob Ridu dan Encik Vinayak Prabhakar Pradhan yang telah melengkapkan perkhidmatan mereka di Suruhanjaya ini pada 14 Oktober 2017.

Barisan mantan anggota-anggota Suruhanjaya ini telah berjaya meningkatkan kredibiliti dan keberkesanan EAIC di mata rakyat.

EAIC kini sudah mula mendapat kepercayaan dan keyakinan yang kukuh daripada pelbagai pihak melalui siasatan Suruhanjaya yang telus dan berkredibel.

Diharapkan kerjasama yang berterusan akan terus diberikan oleh agensi-agensi penguatkuasaan, badan-badan bukan Kerajaan khususnya orang ramai dalam membantu Suruhanjaya ini melaksanakan fungsinya dengan lebih efektif dan efisien.

Semoga dengan pelantikan anggota-anggota Suruhanjaya ini akan dapat memperkukuhkan lagi hala tuju EAIC dalam menambahbaik sistem penyampaian perkhidmatan yang cekap, telus dan adil sekaligus memartabatkan integriti pegawai penguatkuasa dan agensi penguatkuasaan di negara ini.

Sumber: Najibrazak.com



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...