Kenyataan media: ‘Perang mulut’ antara Annuar Musa dan Wee Ka Siong harus dihentikan

Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

‘Perang mulut’ antara Annuar Musa dan Wee Ka Siong harus dihentikan.

Kedua-duanya hanya melontarkan pendapat peribadi dan bukan pendirian rasmi UMNO atau MCA.

Kedua-dua parti dalam komponen Barisan Nasional masih memerlukan jalinan dalam wadah yang sama. Kekecundangan di banyak kerusi Parlimen dan DUN bagi UMNO dan MCA suatu realiti yang harus diterima sebagai hakikat politik kebencian yang ditanam oleh pihak pesaing di kalangan rakyat.

Tidak perlu menuding jari antara pemimpin. Kedua-dua tokoh berkenaan hendaklah bersatu fikiran untuk menggembleng tenaga dalam barisan pembangkang.

Dr Ahmad Zahid Hamidi
Pengerusi Barisan Nasional
Kuala Lumpur

Comments

Comments



Loading...