
Raggie Jessy Rithaudeen
Saya mengalu-alukan kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin bahawa polis tidak menolak kemungkinan akan memanggil Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan.
Menurut Hamzah, ia bagi bagi merakamkan keterangan berhubung dakwaan derhaka kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Berbekalkan semangat yang sama, saya berharap Hamzah turut bersetuju untuk letak jawatan sebagai Menteri Dalam Negeri agar pihak polis boleh memulakan siasatan terhadap Hamzah atas dua pertuduhan:
1. Kenyataan “enough is enough” apabila merujuk kepada cadangan Majlis Pemulihan Negara bersemangatkan Mageran yang diusulkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Yang Di-Pertuan Agong atas jemputan Seri Paduka Baginda Tuanku (RUJUK PENJELASAN DI SINI).
2. Dakwaan mantan Ketua Polis Negara Tan Sri Hamid Bador bahawa berlaku salah guna kedudukan melibatkan Hamzah dalam kapasiti Hamzah sebagai Menteri Dalam Negeri.
Siasatan ini perlu jika benar apa yang dikatakan oleh Hamzah, iaitu tidak ada perbezaan darjat dalam mana-mana tindakan yang diambil oleh pihak pentadbiran persekutuan.
Sekian kenyataan saya.
WAJIB BACA:
