Khairuddin Abu Hassan
Anwar Ibrahim yang bertanggungjawab bercakap mengenai ‘khemah besar’ dan kini beliau buat ‘pusingan U’ pula. Dari dulu, kini dan selamanya Anwar Ibrahim adalah ‘kaki penipu’ tersohor negara.
Saya tidak faham bagaimana Anwar Ibrahim berkata Tun Dr Mahathir Mohamad tidak menyokongnya sebagai calon Perdana Menteri? Bukankah Tun Dr Mahathir Mohamad berserta dengan tiga orang lagi Ahli Parlimen PEJUANG menandatangani ‘Kenyataan Sumpah Berkanun’ menyokong Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri pada pemilihan yang lepas untuk makluman Istana Negara.
Anwar Ibrahim adalah ‘Melayu mudah lupa’ yang berhati busuk. Beliau tidak habis-habis menuduh Tun Dr Mahathir Mohamad tidak menyokongnya untuk menjawat jawatan Perdana Menteri. Sesungguhnya, Anwar Ibrahim tidak layak langsung untuk jadi Perdana Menteri.
Saya ingin tanya Anwar Ibrahim sekiranya beliau mahu memperkuatkan PH, tetapi mengapa ketika bertanding pada PRN Johor yang lepas PKR bertanding atas logo sendiri? Sekiranya Anwar Ibrahim ikhlas untuk memperkuatkan PH beliau tidak akan sama sekali memisahkan PKR dengan parti-parti PH yang lain.
Asasnya di sini adalah semua rakyat Malaysia jangan percaya lagi dengan percaturan politik jahat Anwar Ibrahim. Sifat Anwar Ibrahim adalah ‘lidah bercabang’ dan hanya pakar ‘baling batu sorok tangan’ semata- mata. Amalan ‘tikam belakang’ adalah budaya Anwar Ibrahim.
Selagi Anwar Ibrahim berada dalam pesada politik negara maka selagi itulah lanskap politik kita akan menjadi huru-hara. Era politik Anwar Ibrahim sudah berlalu serta tidak relevan lagi. Pemimpin pembangkang yang memecah-belahkan perpaduan di kalangan parti-parti pembangkang adalah Anwar Ibrahim sendiri.
Ketua PEJUANG Wilayah Persekutuan
