TONTON: KENYATAAN RASMI SAYA BERHUBUNG POLIMIK “KERAJAAN TAK STABIL”
Raggie Jessy Rithaudeen
1. Tindakan mana-mana warganegara Malaysia membincang, menganalisa, berkongsi pendapat, mengulas atau apa-apa tindakan lain yang berkaitan, polemik dan/atau dakwaan tular bahawa kerajaan hilang majoriti atau mungkin tumbang, bukannya satu kesalahan di sisi Perlembagaan Persekutuan.
2. Sudah menjadi pengetahuan umum, bahawa pihak yang paling kerap membicarakan polimik “kerajaan tumbang” tak lain dan tak bukan blok kerajaan, dan ianya dibicarakan secara terbuka tanpa segan dan silu oleh Perdana Menteri (PM), Timbalan Perdana Menteri (TPM), pemimpin-pemimpin lain dari kerajaan dan juga agensi berkait kerajaan, khususnya, J-KOM.
3. Malah, TPM dan J-Kom telah mendedahkan satu langkah yang kini digelar “Langkah Dubai,” berdasarkan andaian dan “perkhabaran” semata-mata.
4. Tindakan kesemua pemimpin ini dan agensi berkait kerajaan meratib isu “kerajaan tumbang” hari demi hari telah mewujudkan satu polemik dan persepsi palsu, kononnya tindakan ahli-ahli parlimen (MP) menarik sokongan terhadap PM merupakan satu “pengkhianatan.”
4. Anehnya, apabila lima MP Bersatu memutuskan untuk menyokong PM tanpa restu parti, tindakan mereka disambut dengan tangan terbuka dan ‘dihalalkan’ oleh PM.
5. Malah, TPM sendiri sebelum ini pernah terlibat dengan Langkah Sheraton untuk menumbangkan kerajaan mandat rakyat pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad, dan itu pun dianggap sebagai langkah ‘halal’.
6. Kesemua ini meresahkan dan memarahkan rakyat dan pengamal undang-undang, khususnya, tindakan PM, TPM, J-Kom dan pemimpin-pemimpin lain dari kerajaan (kemudian daripada ini dirujuk sebagai “kumpulan pentadbir”) memperlekeh Perlembagaan Persekutuan dan memperdaya rakyat.
7. Rakyat sekadar memberi reaksi terhadap tindak tanduk kumpulan pentadbir ini setelah polemik “kerajaan tumbang” dimarakkan ke tahap kurang menyenangkan menerusi media arus perdana dan media yang berkait dengan parti-parti kerajaan.
8. Banyak kenyataan kumpulan pentadbir tidak menepati peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan dilihat menghina undang-undang tertinggi negara dan Yang Di-Pertuan Agong.
9. Contohnya, adalah salah dan tidak bertanggungjawab untuk mendakwa, kononnya, tindakan seseorang MP menarik sokongan terhadap kerajaan adalah pengkhianatan yang perlu disiasat.
10. Hakikatnya, setiap MP diberi kuasa oleh Perlembagaan Persekutuan untuk menentukan secara peribadi dan sukarela, pada bila-bila masa, tanpa terikat pada dasar parti, status sokongan beliau kepada PM
11. Justeru, kestabilan sesebuah kerajaan BUKANNYA TERLETAK DI TANGAN KETUA PARTI ATAU SETIAUSAHA AGUNG PARTI, TETAPI DI TANGAN MP, DAN MERUPAKAN URUSAN MP DENGAN YANG DI-PERTUAN AGONG SEMATA-MATA.
12. Secara tidak langsung, kestabilan sesebuah kerajaan juga terletak di tangan rakyat, kerana seseorang MP adalah wakil rakyat, dan rakyat berhak pada bila-bila masa untuk mendesak wakil mereka untuk menarik sokongan kepada PM jika dirasakan PM telah gagal dan perlu diundurkan.
13. Tidak salah untuk mana mana warganegara Malaysia menegur atau mengkritik kerajaan tanpa unsur hinaan atau melanggar undang-undang, dan tidak salah juga jika seseorang warganegara menyuarakan harapan atau gesaan agar kerajaan ditumbangkan atas sebab-sebab munasabah, termasuk kerajaan gagal.
13. Rakyat juga berhak memberi reaksi terhadap polemik “kerajaan tumbang” yang dimarakkan secara tidak bertanggungjawab oleh kumpulan pentadbir, lebih-lebih lagi memandangkan maklumat yang dimuntahkan oleh kumpulan ini selama lebih sebulan dibuat secara terbuka menerusi media arus perdana.
14. Malangnya, rakyat dan MP sedang ditakut-takutkan, seolah-olah sebarang perbincangan berhubung isu “tarik sokongan terhadap PM” dan tindakan MP berbuat demikian merupakan satu kesalahan di sisi undan-undang.
15. Perlembagaan manakah yang diguna pakai kerajaan masakini? Sejak bila menjadi kesalahan jika seseorang MP dari blok kerajaan menarik sokongan terhadap PM?
14. Rakyat sentiasa berpandu kepada pemimpin untuk teladan, dan pemimpin utama kerajaan pada ketika ini, Anwar Ibrahim, telah selama bertahan-tahun tahun mengasut secara langsung dan tidak langsung tentang perlunya kerajaan-kerajaan YDPA terdahulu ditumbangkan.
Bersambung lagi menerusi video pendek di bawah ini (KLIK DI BAWAH):
KENYATAAN RASMI SAYA BERHUBUNG POLIMIK “KERAJAAN TAK STABIL”
