KENYATAAN MEDIA RASMI BERKENAAN PEMBONGKARAN KES AMBIGA-TOMMY THOMAS

Raggie Jessy Rithaudeen

Semalam, bersamaan 9hb February 2019, di seikitar pukul 12.30 tengah hari, saya telah membuat dua laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, Selangor.

Laporan Pertama

Laporan pertama khusus terhadap bekas Pengerusi Bersih 2.0, Dato’ Ambiga Sreenevasan, dan bekait lagsung dengan kes saman fitnah yang dibawa oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang, terhadap pemilik dan pengendali blog Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown.

Laporan ini adalah susulan kepada laporan MACC yang telah saya buat Khamis lepas, bersamaan 7hb Febuari 2019, di pejbat SPRM (MACC) di Seksyen 16, Shah Alam, Selangor.

Di dalam laporan MACC yang dimaksudkan, saya telah meminta pihak badan pencegah rasuah tersebut menyiasat perkara-perkara berikut:


1. samada benar kenyataan yang terkandung dalamDefence and Counterclaim statementyang difailkan oleh peguam-peguam Clare di Mahkhamah Tinggi London pada 11hb Oktober 2017, dan

2. samada Ambiga mempunyai bukti bahawa Dato’ Seri Najib Tun Razak telah menyogok pemimpin-pemimpin PAS dengan wang suapan sebanyak RM90 juta.

Kenyataan yang dimaksudkan dalam Defence and Counterclaim statement yang tersebut di atas mendakwa bahawa Ambiga merupakan orang yang menceritakan kepada Clare bahawa Najib menyogok pemimpin-pemimpin PAS dengan wang suapan RM90 juta.

Sepertimana dalam laporan saya kepada pihak MACC, saya telah meminta pihak polis mengunakan kuasa sepenuhnya yang diberikan kepada Polis Diraja Malaysia di bawah Perlembagaan Persekutuan dan akta-akta yang berkaitan untuk memaksa Ambiga menjawab perkara-perkara tersebut di atas.

Saya turut meminta pihak polis untuk menyiasat Ambiga di bawah akta-akta berkenaan untuk memastikan samada beliau mempunyai bukti kukuh berkenaan pembayaran RM90 juta tersebut sekiranya benar beliau menceritakan perkara tersebut kepada Clare.

Akhir sekali, saya meminta pihak polis untuk turut menyiasat samada Ambiga pernah menerima apa-apa habuan berbentuk wang suapan dari Clare ataupun mana-mana pihak berkepentingan untuk mengeluarkan kenyataan-kenyataan palsu terhadap Najib, Hadi dan PAS.

Dalam laporan tersebut, saya telah menyatakan bahawa pihak Special Branch pernah diberikan, secara rasmi, bukti sahih komunikasi yang berlaku di antara Clare Rewcastle Brown dan Ambiga yang jelas menunjukkan apa yang sebenarnya dibincangkan oleh kedua-dua mereka.

Untuk makluman, saya telah diberitahu oleh pihak MACC untuk turut membuat laporan polis memandangkan saya mengesyaki terdapat unsur jenayah dalam tindak-tanduk Ambiga.

Laporan Kedua

Laporan kedua pula adalah terhadap kedua-dua Ambiga dan Tommy Thomas, yang pada ketika ini, memegang jawatan Peguam Negara menerusi lantikan Yang di-Pertuan Agong.

Laporan ini bekait lagsung dengan salahlaku jenayah melibatkan Tommy sewaktu beliau masih lagi mewakili Bank Islam dan masih belum dilantik menjadi peguam negara.

Dalam laporan tersebut, saya telah memaklumkan kepada pihak polis bahawa Ambiga pernah terlibat dalam satu konspirasi bersama Peguam Negara Tommy Thomas untuk menjatuhkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semasa Khalid masih lagi Menteri Besar Selangor.

Saya menjelaskan bahawa Tommy Thomas, yang pada ketika itu merupakan peguam yang mewakili Bank Islam, telah membocorkan maklumat-maklumat rahsia berkenaan urusan-urusan peribadi dan perakaunan Khalid kepada Ambiga, yang seterusnya bertindak memberikan maklumat-maklumat tersebut kepada orang-orang tertentu di PKR.

Maklumat-maklumat tersebut, yang berasal dari Bank Islam, akhirnya diselitkan ke dalam satu dossier yang disediakan oleh Saifuddin Nasution.

Saya memaklumkan bahawa dossier inilah yang menjadi asas kepada inisiatif Langkah Kajang oleh gandingan Rafizi Ramli, Saifuddin Nasution dan Anwar Ibrahim untuk menggulingkan Khalid Ibrahim bagi memberi ruang kepada Anwar menjadi Menteri Besar Selangor.

Saya telah mengakhiri laporan polis kedua dengan meminta pihak polis menyiasat kedua-dua Ambiga dan Tommy Thomas serta mengunakan kuasa sepenuhnya yang diberikan kepada Polis Diraja Malaysia di bawah Perlembagaan Persekutuan dan akta-akta yang berkaitan untuk memaksa mereka menjawab pembongkaran saya ini.

Saya turut meminta pihak polis menyiasat Tommy dan mana-mana pegawai atau kakitangan Bank Islam yang mungkin telah bersubahat dengan beliau untuk membocorkan maklumat-maklumat peribadi milik Khalid memandangkan tindak-tanduk Tommy melanggar peruntukkan perahsiaan menurut seksyen 97(1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 (ABIK) dan merupakan jenayah berat di sisi undang-undang negara.

Sekian sahaja kenyataan dari saya.

Saya Yang Benar,

Raggie Jessy Rithaudeen

Ketua Pergerakan Malaysiaku Tanahairku

Ketua Kumpulan Penggerak TTF

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...