Raggie Jessy Rithaudeen
Gerakan Bangsa Nasional (GBN) memutuskan untuk menolak sebarang usul mengangkat Dato’ Seri Anwar Ibrahim naik sebagai Perdana Menteri Malaysia dan usaha mana-mana pihak menyah-stabilkan pentadbiran persekutuan demi kepentingan politik.
Menerusi satu mesyuarat tergempar yang berlangsung di Subang Jaya malam semalam, saya, Raggie Jessy Rithaudeen, selaku Pengerusi Bersama GBN dan bagi pihak Pengerusi Bersama Rosdzaman Dato’ Haji Mohd Yusop, membuat deklarasi berikut:
1. GBN sebulat suara menyokong usul mengekalkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia bagi penggal penuh parlimen ke-14 atau sehingga parlimen ke-14 dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong.
2. GBN sebulat suara menolak sebarang usul mengangkat Dato’ Seri Anwar Ibrahim naik sebagai Perdana Menteri Malaysia tidak kira yang ke-berapa.
3. GBN menolak sekeras-kerasnya kepimpinan Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan Malaysia dan menyokong penuh sebarang usaha atau usul untuk menyingkirkan beliau dari jawatan tersebut, biar ianya secara paksa.
4. GBN menolak sekeras-kerasnya pelantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara dan menyokong penuh sebarang usaha atau usul untuk menyingkirkan beliau dari jawatan tersebut, biar ianya secara paksa.
5. GBN menyokong penuh tindakan Polis Diraja Malaysia membanteras kegiatan keganasan di Malaysia menerusi penggunaan Akta SOSMA 2012 menurut versi yang sedia ada tanpa perlu diadakan semakan semula.
6. GBN menyokong penuh sebarang tindakan Polis Diraja Malaysia terhadap mana-mana pemimpin politik dan (atau) bukan politik tempatan yang disyaki terlibat dengan kegiatan keganasan di Malaysia atau di luar negara.
7. GBN menyokong penuh sebarang bentuk siasatan bagi mengenalpasti sejauh mana, jika ada, penglibatan parti-parti politik dan (atau) organisasi bukan politik tempatan dengan kegiatan keganasan di Malaysia atau di luar negara.
8. GBN menyokong penuh sebarang bentuk tindakan dan (atau) keputusan yang diambil oleh Yang di-Pertuan Agong dan RoS dalam usaha membanteras kegiatan keganasan di Malaysia, termasuk penggantungan parti-parti politik dan (atau) organisasi bukan politik tempatan yang disyaki terlibat dengan kegiatan keganasan sementara siasatan masih dijalankan.
Kesemua di atas tertakluk kepada fahaman bahawa segala apa yang dilakukan oleh kerajaan dan (atau) pihak berkuasa adalah berlandaskan kebenaran di sisi agama Islam dan bagi mewujudkan suasana sosiopolitik san sosioekonomi yang stabil, berdasarkan prinsip-prinsip perlembagaan persekutuan dan Rukun Negara, termasuk kesetiaan kepada Raja dan Negara, keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang serta kesopanan dan kesusilaan.
Sekian
