Khairuddin Abu Hassan
13 Julai 2022 – Semua orang berhak untuk buat analisa dan beri pandangan. Namun, kali ini ahli-ahli PEJUANG akan membuktikan di sebaliknya. Sekali tewas tidak bererti kita akan tewas selamanya dan sekali menang juga tidak bererti akan menang selamanya.
Pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli PEJUANG berikrar untuk berjuang secara habis-habisan bagi menghadapi PRU15 nanti. Jangan campuri urusan dalaman parti PEJUANG untuk mencalonkan siapa saja sebagai calon Perdana Menteri kami.
Kalau parti lain boleh mencalonkan bekas banduan dan penjenayah songlap duit negara sebagai calon Perdana Menteri maka parti PEJUANG juga berhak untuk mencalonkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri.
APA MASALAHNYA?
Tun Dr Mahathir Mohamad adalah seorang tokoh negarawan bertaraf dunia yang mempunyai rekod pentadbiran negara terbaik. Sehingga kini tokoh-tokoh pemimpin dunia luar masih menjemput Tun Dr Mahathir Mohamad untuk berucap berkongsi pengalaman di pentas dunia. Pengalaman serta ilmu pengetahuan Tun Dr Mahathir Mohamad terlalu luas hendak dibandingkan dengan pemimpin-pemimpin lain di negara kita. Beliau berada dalam pesada politik tanahair dari sebelum
UMNO dilahirkan sehingga kini dan melalui pelbagai fasa cabaran politik tanahair.
Hutang negara kita masakini sudah mencecah RM1.4 trilion dan keadaan ekonomi amat tidak menentu serta tidak stabil.nDalam keadaan permasalahan negara masakini, tiada calon terbaik untuk menggalas semula jawatan Perdana Menteri selain Tun Dr Mahathir Mohamad.
Siapakah Anwar Ibrahim, Najib Tun Razak, Muhyiddin Yassin dan beberapa lagi tokoh lain jika dibandingkan dengan kebolehan Tun Dr Mahathir Mohamad? Tun Dr Mahathir Mohamad amat layak untuk membuat ‘comeback’ sebagai Perdana Menteri buat kali ketiga.
Selagi Allah swt menganugerahkan kesihatan terbaik serta minda tajam kepada Tun Dr Mahathir Mohamad maka mantan Perdana Menteri kali kedua ini harus menjawat semula jawatan nombor satu negara sekurang- kurangnya untuk setahun. Ini amat penting untuk membolehkan Tun Dr Mahathir Mohamad melakarkan semula ‘pelan induk’ bagi memperbaikki semua permasalahan negara kearah membina semula ‘Malaysia Baharu.’
Hanya pengalaman luas, keikhlasan, kejujuran serta semangat Tun Dr Mahathir Mohamad saja yang mampu membina sebuah negara ‘Malaysia Baharu.’ Yang teramat penting Tun Dr Mahathir Mohamad tidak pernah menipu dalam mana-mana perjuangan untuk menegakkan kebenaran. Jiwa Tun Dr Mahathir Mohamad hanyalah untuk bangsa, negara dan agama.
Sebab itu Tun Dr Mahathir Mohamad senantiasa membakar diri untuk menerangi penghidupan keseluruhan rakyat Malaysia serta umma sejagat.
Ketua PEJUANG Wilayah Persekutuan
