“Tertakluk kepada kenyataan oleh pihak SPRM, saya akan membuat satu sidang media tidak lama lagi bagi membuat pendedahan-pendedahan yang selanjutnya berkenaan dakwaan kemasukkan RM90 juta oleh Clare Brown dan Ambiga”
Raggie Jessy Rithaudeen
Baru sebentar tadi, Malaysiakini melaporkan menerusi satu penerbitan di laman portal tersebut bahawa pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah meneliti akaun bank PAS dan mendapati tiada dana dari 1MDB disalurkan ke akaun tersebut.
BACA DI SINI: Sumber SPRM: Tiada kemasukan RM90j dari 1MDB ke akaun rasmi PAS
Penelitian tersebut dibuat selepas satu kertas siasatan dibuka oleh SPRM berdasarkan laporan orang awam kononnya pemimpin-pemimpin PAS menerima wang suapan bernilai RM90 juta dari UMNO.
Menurut Malaysiakini, akaun yang dimaksudkan itu adalah akaun yang didaftarkan di bawah nama parti PAS dan bukannya akaun peribadi pemimpin-pemimpin PAS.
Berdasarkan perkembangan ini, saya menyeru pihak SPRM agar tidak melengah-lengahkan masa lagi dan membuat satu pengisytiharan di media tempatan berkenaan kesahihan pendedahan tersebut.
Sekiranya benar apa yang dikatakan oleh Malaysiakini, maka sah bahawa Dato’ Ambiga Sreenevasan menipu pemilik dan pengendali portal Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown, bahawa Dato’ Seri Najib Tun Razak telah menyalurkan wang suapan bernilai RM90 juta dari 1MDB untuk menyoggok beberapa pemimpin PAS.
Dakwaan tersebut jelas terkandung di dalam satu rakaman sahih perbualan di antara Clare dan Ambiga yang sudahpun diberikan secara rasmi kepada unit perisik Special Branch di Bukit Aman, Kuala Lumpur.
Untuk makluman, rakaman tersebut turut dimiliki oleh pihak SPRM yang sudah lama mengetahui bahawa Ambiga menipu berkenaan pembayaran RM90 juta tersebut sehingga menggangu-gugat keharmonian politik negara dan masyarakat umum.
Umum sedia maklum, bahawa satu laporan MACC telahpun dibuat oleh saya terhadap Ambiga pada 7hb Febuari 2019 berhubung kes saman fitnah Dato’ Seri Abdul Hadi Awang terhadap Clare.
Umum juga tahu, bahawa tujuan laporan tersebut dibuat adalah bagi meminta pihak MACC menyiasat perkara-perkara berikut:
- samada Ambiga mempunyai bukti bahawa Dato’ Seri Najib Tun Razak menyogok pemimpin-pemimpin PAS dengan wang suapan sebanyak RM90 juta.
- samada benar kenyataan yang terkandung dalam Defence and Counterclaim statementyang difailkan oleh peguam Clare di Mahkhamah Tinggi London pada 11hb Oktober 2017.
Kenyataan yang dimaksudkan dalam hujah bernombor 2 mendakwa bahawa Ambiga merupakan orang yang menceritakan kepada Clare berkenaan perkara yang tertera dalam hujah bernombor 1 (lihat gambar bawah).
Dalam laporan tersebut, saya telah meminta pihak SPRM mengunakan kuasa sepenuhnya yang diberikan kepada suruhanjaya tersebut di bawah Perlembagaan Persekutuan dan MACC Act 2009 untuk memaksa Ambiga menjawab perkara-perkara-perkara yang tertera dalam hujah bernombor 1 dan dua.
Saya turut meminta SPRM untuk menyiasat Ambiga dibawah Seksyen 52 (a) untuk memastikan samada beliau mempunyai bukti berkenaan perkara yang tertera dalam hujah bernombor 1 seandainya beliau mengaku bahawa perkara yang tertera dalam hujah bernombor 2 adalah benar.
Memandangkan Malaysiakini telah memetik seorang pegawai SPRM sebagai berkata bahawa tiada kemasukkan wang RM90 juta dari 1MDB ke dalam akaun PAS, pihak SPRM wajib mengeluarkan kenyataan media dengan kadar segera bagi mengelakkan sebarang bentuk keraguan ataupun kemusykilan di kalangan rakyat jelata.
Dalam kenyataan tersebut, pihak SPRM perlu mengisytiharkan dua perkara, iaitu kesahihan dakwaan yang terkandung dalam penerbitan Malaysiakini dan juga keputusan penyiasatan badan tersebut terhadap Ambiga.
Kenyataan tersebut amat perlu bagi membantu pihak polis melakukan siasatan berdasarkan laporan susulan yang telah saya buat terhadap Ambiga pada 9hb Febuari 2019 di Ibu Pejabat Polis (IPD) di Subang Jaya, Selangor.
Saya sedang menunggu keputusan siasatan terhadap Ambiga oleh pihak SPRM dan berhak mengetahui segala apa tindakkan yang bakal dikenakan terhadapnya memandangkan sayalah yang membuat laporan terhadapnya.
Tertakluk kepada kenyataan oleh pihak SPRM, saya akan membuat satu sidang media tidak lama lagi bagi membuat pendedahan-pendedahan yang selanjutnya berkenaan dakwaan kemasukkan RM90 juta oleh Clare Brown dan Ambiga.
Sekian sahaja kenyataan dari saya.
Yang Benar,
Raggie Jessy Rithaudeen
Ketua Pergerakan Malaysiaku Tanahairku
Ketua Kumpulan Penggerak TTF
