“Apakah mesyuarat MKT yang diadakan semalam bertujuan ‘menangkis’ pendedahan saya berhubung risiko Najib menjadi Perdana Menteri sebelum PRU15, yang dikatakan “menggegarkan UMNO dan mencemaskan Kluster Mahkamah?”
Raggie Jessy Rithaudeen
كڽاتأن مقت امنو تيمبولكن ككليروان، ممبايڠكن كتردسقن قلوستر محكمه
Saya tertarik dengan kenyataan media yang dibuat oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, sejurus selepas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO selesai mengadakan mesyuarat tergempar.
Dalam mesyuarat itu, UMNO dikatakan telah memutuskan untuk tidak meneruskan memorandum persefahaman (MOU) yang dimeterai antara kerajaan dan Pakatan Harapan, dijadualkan berakhir pada 31hb Julai ini.
Persoalannya, siapakah UMNO untuk membuat keputusan itu, sedangkan UMNO sendiri mengaku bahawa MoU terbabit adalah di antara kerajaan persekutuan dan Pakatan Harapan, bukannya bersama UMNO?
Kenyataan ini agak pelik, memandangkan keputusan samada meneruskan MoU atau menamatkannya terletak hanya pada kepimpinan Pakatan Harapan dan barisan Jemaah Menteri, termasuk menteri-menteri dari PPBM dan PAS.
TONTON: ADA RISIKO NAJIB JADI PM10 SEBELUM PRU15?
Saya berharap Ahmad Maslan dapat tampil untuk memberikan penjelasan lanjut bagi mengesahkan jika sel media UMNO ‘tersilap’ cetak kenyataan yang salah.
Jika kenyataan itu betul, maknanya UMNO kini amat terdesak untuk menamatkan MoU, barangkali selepas Kluster Mahkamah gagal menekan Datuk Seri Ismail Sabri untuk mengusulkan pembubaran awal parlimen.
Barangkali atas keterdesakan inilah MKT ‘mencadangkan’ nama Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-15.
Namun, jika benar UMNO berniat untuk menjadikan Ismail Sabri calon Perdana Menteri Barisan Nasional;
1. kenapa perkara ini tidak dibincangkan ketika Perhimpunan Agung UMNO 2021 yang diadakan baru-baru ini?
2. kenapa MKT hanya sekadar ‘mencadangkan’ nama Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri dan tidak menetapkan pencalonannya secara hitam putih?
UMNO juga gagal memberi sebarang maklumbalas kepada senario yang saya dedahkan semalam (rujuk link di bawah, atau klik di sini).
LINK PENDEDAHAN SEMALAM
Dalam senario ini, ada risiko Datuk Seri Najib Tun Razak akan menjadi Perdana Menteri ke-10 dan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Timbalan Perdana Menteri sebelum Pilihan Raya Umum ke-15.
Apakah mesyuarat MKT yang diadakan semalam bertujuan ‘menangkis’ pendedahan saya, yang dikatakan “menggegarkan UMNO dan mencemaskan Kluster Mahkamah?”
Saksikan video ini untuk penjelasan lanjut:
