Raggie Jessy Rithaudeen
ڤن ۏس من – كڽاتأن ڤاليڠ تيدق ماسوق عقل ڤاس
PAS dulu menolak Muafakat Nasional selepas mendakwa, UMNO di bawah kepimpinan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak mengikut piagam (yang dipersetujui oleh Zahid sendiri) ketika kerjasama dua parti itu dibentuk.
Menurut Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berdasarkan piagam Muafakat Nasional, dua parti itu sedia menerima parti-parti lain termasuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Apa yang digambarkan di sini ialah Hadi dan PAS setia kepada Bersatu dan presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan sanggup menjarakkan diri daripada UMNO dan Zahid jika Bersatu tidak diterima masuk Muafakat Nasional.
Namun, hanya 10 bulan sebelum parlimen wajib dibubarkan, PAS mendakwa akan memutuskan samada parti itu akan kekal bersama Perikatan Nasional atau meninggalkan gabungan itu untuk berdamping dengan UMNO menerusi Muafakat Nasional.
Kenyataan ini dilafazkan oleh Mursyidul Am PAS, biarpun UMNO menegaskan secara terbuka, menerusi Perhimpunan Agung UMNO, bahawa parti itu tidak akan bekerjasama dengan Bersatu pada Pilihan Raya Umum ke-15.
Masuk akal?
