Kenyataan Perdana Menteri berkenaan hutang negara mengelirukan

Tun Carlos

“Hutang Negara Mencecah RM1 Trillion” ujar Tun Mahathir.

Adalah tidak benar hutang kerajaan mencecah RM1 TRILLION. Ini kerana mengikut laporan BNM, as at 31 Disember 2017 hutang kerajaan sekitar RM686 billion, hanya 50.8% drpd KDNK iaitu paras selamat statutori yg ditetapkan.

Paling hampir RM1 TRILLION ialah hutang luar (external debt) iaitu sekitar RM893 billion.. itu pun hutang termasuk bukan kerajaan seperti hutang offshore, pelaburan dlm hutang berdenominasi ringgit oleh bukan warganegara, deposit/simpanan, kredit perdagangan, tuntutan insurans belum bayar, dan faedah kena bayar; oleh pengurus dana, bank, insuran, insitusi kewangan; syarikat-syarikat dan individu warganegara Malaysia kepada pengurus dana, bank, insuran, insitusi kewangan; syarikat-syarikat dan individu BUKAN warganegara Malaysia.

Maksudnya total keseluruhan hutang seluruh negara oleh warganegara Malaysia iaitu termasuk kerajaan dan swasta kepada pelabur/peminjam bukan warganegara.

Takkanlah nk salahkan kerajaan utk urusan kewangan korporat pihak swasta, yg mereka sendiri mempunyai aliran pendapatan, aset, rizab tunai sendiri dan mampu utk selesaikan pinjaman/tuntutan/bayaran kpd korporat/pelabur luar, masing-masing.

Dan jika Tun nak bandingkan hutang zamannya iaitu RM300 billion adalah sgt tak logik kerana saiz ekonomi zamannya juga kecil. KDNK 2003 hanyalah US$110.2 billion, dgn tukaran RM3.80, hanya sekitar RM418 billion.

Jadi, kalau mengikut perbandingan walaupun hutang kerajaan RM686 billion, akan tetapi, KDNK kini dah bersaiz RM1.3 TRILLION. Secara automatiknya mengkerdilkan KDNK zaman Tun yg hanya bernilai RM418 billion. -saj

Credit to: Syed Agil Jamalullail

——————————————-
Rujukan:

[1] Perbendaharaan Negara
http://www.treasury.gov.my/pdf/ekonomi/le/1718/bab4.pdf

[2] Bank Negara Malaysia Q4 2017
http://www.bnm.gov.my/…/p…/qb/2017/Q4/4Q2017_fullbook_en.pdf

[3] Bank Negara Malaysia Latest Q1 2018
http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=statistic_nsdp

Comments

Comments