“Adakah Puad tidak ada sebarang hujah yang mampu ‘menghalalkan’ keberadaan terus Zahid sebagai presiden UMNO?”
Raggie Jessy Rithaudeen
TONTON: Pucuk pimpinan Bersatu punca kegagalan sampai tiada pengumuman
Datuk Puad Zarkashi dilaporkan sebagai membidas kenyataan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim yang meminta UMNO supaya mengantikan presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Menurut Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu, Hassan ‘tidak tahu cermin diri’ dan seharusnya mendesak penukaran menteri dari PKR yang tidak memuaskan.
“(Hassan) sepatutnya desak PMX (Datuk Seri Anwar Ibrahim) tukar menteri PKR yang tidak perform.
“Apa kejayaan Rafizi (Ramli) untuk ekonomi rakyat. Setakat daftar PADU?
“Jangan lupa Premier Sarawak juga memberi komen negatif terhadap Menteri Pendidikan dari PKR.
“Patut Hassan desak PMX buat penilaian,” kata Puad, merujuk kepada desakan Hassan agar UMNO membuat rombakan pemimpin baharu untuk mendapatkan undi Melayu bagi gandingan Barisan Nasional dan Pakatan Harapan.
Menurut Hassan, selagi UMNO dipimpin oleh Zahid, masyarakat Melayu sukar menyokong UMNO, BN atau gabungan BN-PH.
Sedarkah anda bahawa Puad gagal mempertahankan Zahid?
Seharusnya, Puad tampil untuk ‘menghalalkan’ keberadaan terus Zahid sebagai presiden UMNO dan membuktikan bagaimana kedudukan Zahid tiada kaitan dengan perosotan teruk sokongan Melayu-Islam terhadap UMNO.
Ini tidak, Hassan bercerita berkenaan lain, Puad pula menjawab perkara lain.
Pendakwaan Zahid atas 47 pertuduhan jenayah dan bukti hitam putih penglibatan Zahid dalam skandal LCS dipercayai antara sebab penyokong tegar UMNO meminggirkan parti itu.
Semua ini berkait dengan kesalahan jenayah dan salah guna kuasa, manakala Puad hanya mampu merujuk kepada ‘prestasi’ pemimpin PKR yang tiada kaitan langsung dengan salah laku jenayah.
Adakah Puad tidak ada sebarang hujah yang mampu ‘menghalalkan’ keberadaan terus Zahid sebagai presiden UMNO?
Mengimbas kembali, Zahid kekal sebagai presiden UMNO apabila usul menghalang jawatan presiden dipertandingkan pada pemilihan parti diluluskan oleh MKT dan diterima sebagai sah oleh Menteri Dalam Negeri.
Dalam berbuat demikian, menteri berkenaan telah menyalah gunakan kedudukan apabila mendahului RoS (RUJUK VIDEO DI BAWAH):
