KENYATAAN RASMI: ANWAR IBRAHIM SUDAH TIDAK LAKU, TIDAK RELEVAN LAGI

Bekas penyelaras parlimen Jasin Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan. Sumber (gambar): Fail TTF

KENYATAAN RASMI

Datuk Seri Anwar Ibrahim harus berhenti ‘angan angan mat jenin’ untuk jadi Perdana Menteri kerana dia sudah tidak laku serta tidak relevan lagi.

Keputusan pilihanraya negeri Sabah telah membuktikan walaupun pkr bertanding hanya 7 kerusi mampu menang 2 kerusi saja.

Ini membuktikan rakyat sudah tolak Anwar Ibrahim dan parti PKR yang hanya ‘syok’ sendiri saja kebelakangan ini.




Macamana nak jadi Perdana Menteri kalau bertanding hanya 7 kerusi pun tak mampu nak menang.

Malahan, di peringkat politik pusat pula 14 ahli-ahli parlimen umno pula telah menafikan bahawa mereka beri sokongan untuk Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri.

Inilah perangai buruk dan kerja sia-sia Anwar Ibrahim yang hanya menipu rakyat sepanjang masa.

Sudah lama saya nyatakan Anwar Ibrahim tidak diterima rakyat lagi kerana dia adalah seorang ‘manusia berpenyakit’.

Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa Anwar Ibrahim seorang manusia yang ‘sewel’.

Mulai esok saya harap Anwar Ibrahim akan sedar serta insaf bahawa rakyat sudah menolak beliau.

Keputusan pilihanraya sabah adalah bukti yang jelas kepada kita semua!

Loading...

Insya-Allah pada pru15 nanti parti pkr akan kalah teruk sepertimana keputusan PRN Sabah.

Presiden PKR ini harus henti buat kerja-kerja bodoh yang buang masa dan menyusahkan rakyat khususnya di saat kita sedang menghadapi masalah pandemik covid-19.

Mulai detik serta hari ini, kita harap semua para penyokong taksub ‘otak udang’ Anwar Ibrahim harus muhasabah diri dan terima mesej rakyat kepada ketua mereka pada PRN Sabah.

Dengan penafian pemimpin-pemimpin umno; ke bawah DYMM Yang Di-Pertuan Agong juga tidak harus melayan permintaan Anwar Ibrahim untuk mengadap Baginda.

Tak usah buang masa dan biarkan Anwar Ibrahim terus memperbodohkan rakyat lagi.

Pada PRN Sabah nasib baik dauk seri shafei apdal bijak membenarkan parti PKR bertanding atas logo mereka sendiri.

Seandainya calon-calon parti PKR bertanding atas lambang Warisan sudah pasti mereka akan salahkan Datuk Seri Shafie Apdal dengan mengatakan platform Warisan itu tidak popular.

Sekarang kita hendak tanya Anwar Ibrahim apa macam?

Bertanding atas logo sendiri pun kecundang teruk dan apa maknanya mesej sekarang ini dari rakyat di sabah?

PKR tolong muhasabah serta cerminkanlah diri sendiri kini.

Kini, mesejnya sudah jelas dan kalangan ‘otak udang’ ini harus terima dengan hati yang terbuka.

Anwar Ibrahim dan pkr sudah tidak laku lagi.

Logo PKR diterima pada PRU14 dulu adalah semata-mata kerana ‘aura’ dan faktor Tun Dr Mahathir Mohamad semata-mata.

Waktu itu walaupun bertanding atas logo PKR kita telah berjaya cipta sejarah tumbangkan kerajaan kleptokrasi.

Faktor kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad cukup kuat pada saat tersebut!! Malahan, Anwar Ibrahim masih merengkok di penjara sg buloh pada pru14 yang lepas.

Peranan dan sumbangan Anwar Ibrahim tidak ada langsung pada waktu itu.

Bila kita lepaskan Anwar Ibrahim dari penjara kini dia ‘gigit tangan’ kita pula sehingga PH hilang kerajaan di Putrajaya.

Dalam masa yang sama pkr jangan ‘menuding jari’ pada orang lain lagi di atas kekalahan teruk mereka pada PRN Sabah.

Terimalah hakikat bahawa presiden parti mereka dan PKR itu sudah tidak laku lagi.

Syabas rakyat Sabah yang bijak buat keputusan menolak parti PKR.

Calon bebas di sabah pun mampu meraih kemenangan tiga kerusi dewan undangan negeri Sabah di bandingkan dengan parti pkr yang kononnya kuat.

Anwar Ibrahim boleh ‘balik kampung tanam jagung’. Selagi Anwar Ibrahim berada di pesada politik tanahair maka selagi itulah lanskap politik akan menjadi huru-hara disebabkan cita-cita rakusnya untuk jadi Perdana Menteri.

Ikhlas dari;

KHAIRUDDIN ABU HASSAN

27 September 2020

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...