KENYATAAN RASMI: GANDINGAN MAHATHIR, TENGKU RAZALEIGH TIADA KAITAN DENGAN MISI ‘TUMPASKAN ANWAR’

“Niat sebenar Mahathir adalah untuk memantapkan lagi struktur pentadbiran kerajaan baharu yang bakal ditubuhkan bersama Tengku menerusi semangat nasionalisme, patriotisme dan perjuangan yang berdenyut deras di nadi kedua-dua tokoh negarawan itu”

Raggie Jessy Rithaudeen

Naratif yang dimainkan oleh sesetengah wartawan kononnya Tun Dr Mahathir Mohamad berganding bahu dengan Tengku Razaleigh Hamzah untuk menumpaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah tidak benar dan tersasar jauh dari kenyataan.

Menurut wartawan The Star, Mahathir bertindak menyokong Tengku Razaleigh semata-mata untuk menghalang Anwar daripada menjadi Perdana Menteri ke-9.




Di sini, saya ingin saya jelaskan bahawa soal “Mahathir dan Ku Li berganding bahu untuk menumpaskan Anwar” tidak pernah timbul, kerana Mahathir dari awal lagi tahu bahawa Anwar tidak pernah memiliki sokongan majoriti ahli-ahli parlimen malah tidak pernah menjadi ancaman terhadapnya.

Hakikatnya, sokongan terhadap Anwar menyusut teruk selepas Langkah Sheraton menyebabkan beliau tidak mampu meraih sokongan melebihi 91 ahli parlimen baru-baru ini walaupun mendakwa memiliki sokongan selesa “majoriti hampir dua per tiga.”

Sokongan terhadapnya terus menyusut beberapa hari sebelum beliau dijadualkan menghadap Yang Di-Pertuan Agong, malah kegagalan Anwar mempersembahkan bukti sokongan itu kepada Baginda Tuanku pada 13hb Oktober 2020 bukti kukuh perosotan dalam sokongan terhadapnya.

Bukan hanya Mahathir tidak pernah menganggap Anwar sebagai satu ancaman, dalam satu mesyuarat Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Mahathir sendiri cuba menangkis persepsi palsu yang ditimbulkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin kononnya Anwar boleh menerkam Mahathir pada bila-bila masa.

Muhyiddin menggunakan alasan itu untuk memperdaya ahli-ahli parlimen PPBM agar menyokong usul “membawa PPBM keluar dari Pakatan Harapan untuk merencatkan misi Anwar menjadi Perdana Menteri.”

Susulan Langkah Sheraton, Mahathir bertindak memberikan Anwar beberapa minggu untuk mempertimbangkan kerjasama antara kumpulan serpihannya dari PPBM dan Pakatan Harapan bagi menumpaskan kerajaan pimpinan Muhyiddin.

Malangnya, Anwar teurs berdegil untuk menjadi calon Perdana Menteri ke-9 walaupun tahu beliau ditolak oleh majorti ahli-ahli parlimen dari UMNO (Team B), PPBM, Sabah dan Sarawak menyebabkan beliau tidak mungkin meraih sokongan majoriti.

Loading...

Mahathir pula diterima penuh oleh kumpulan ahli-ahli parlimen yang sama, termasuk majoriti dari DAP dan AMANAH serta sekumpulan ahli-ahli parlimen dari PKR yang bersetuju untuk bersama Mahathir sekiranya beliau berjaya meraih sokongan majoriti.

Atas sokongan inilah Mahathir akhirnya memutuskan untuk membentuk Blok Bebas Kuasa Ketiga (BBKK) bersama Parti Warisan Sabah (WARISAN).

Mahathir berbuat demikian setelah melihat gelagat Anwar yang terus menerus menimbulkan pelbagai masalah kerana berdegil ingin menjadi calon Perdana Menteri walaupun tahu tidak memiliki sokongan majoriti.

Tanpa disangka, sokongan terhadap Mahathir melonjak naik kerana ramai ahli parlimen, khususnya dari Sabah dan Sarawak, gembira apabila beliau bertindak menjarakkan dirinya daripada Anwar menerusi penubukan BBKK.

Kerjasama dan persefahaman antara Mahathir dan Team B (UMNO) sudah lama terjalin dan bermula sebelum Langkah Sheraton lagi, di mana Mahathir kagum dengan perjuangan Tengku Razaleigh Hamzah yang bertungkus lumus memperjuangkan penjenamaan semula UMNO susulan kegagalan Team A yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin bermasalah menerajui parti itu.

Atas dasar inilah Mahathir bersetuju untuk berganding bahu dengan Tengku yang sememangnya berminat untuk meletakkan Malaysia kembali ke landasan kebenaran setelah terpesong teruk akibat dari gandingan Team A bersama Muhyiddin.

Niat sebenar Mahathir dari awal lagi adalah untuk memantapkan lagi struktur pentadbiran kerajaan baharu yang bakal ditubuhkan bersama Tengku menerusi semangat nasionalisme, patriotisme dan perjuangan yang berdenyut deras di nadi kedua-dua tokoh negarawan itu.

Maka tidak benarlah naratif kononnya Mahathir berganding bahu dengan Tengku Razaleigh untuk menumpaskan Anwar, kerana Anwar bukan hanya tidak relevan lagi dalam lanskap politik masakini, beliau berjaya “menumpaskan dirinya sendiri” tanpa perlu dibantu oleh sesiapa.

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...