
Khairuddin Abu Hassan
Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada keseluruhan jentera calon bebas Amir Khusyairi di Slim.
Pada hakikatnya, PRK slim ini merupakan satu platform bagi menguji jentera pilihanraya di peringkat akar umbi kearah bersiap sedia bagi menghadapi PRU15 dalam masa terdekat.
Pada pengamatan saya, selaku membuat persediaan untuk menubuhkan parti baru yang belum pun mendapat kelulusan dari pihak pendaftar pertubuhan; jentera PRK slim amat mantap.
Malahan, jentera PRK slim dapat dibandingkan keberkesanannya dengan jentera BN yang mempunyai pelbagai sumber dari tenaga kerja hinggalah ke dana yang tiada had.
Berbekalkan hanya pada semagat ikhlas bekerja tanpa mempunyai jentera sebagai kerajaan pusat atau negeri serta sumber kewangan yang amat kecil; jentera PRK slim untuk calon bebas bagi saudara amir kusyairi dapat berfungsi secara amat effektif.
Bukan senang nak meraih sokongan penduduk tempatan di kubu kuat UMNO untuk memberi sokongan serta penglibatan pada calon bebas tanpa platform kepartian.
Bagi saya pujian harus diberikan kepada keseluruhan jentera prk slim, malah saya ‘tabik’ kepada semangat ikhlas bekerja bertungkus lumus tanpa bersandarkan pada wang ringgit.
Budaya ini cukup positif dan bakal memberkati perjuangan parti PEJUANG kelak.
Sikap dan budaya main duit tidak kelihatan langsung pada jentera calon bebas ini yang pada realitinya digerakkan oleh pemimpin-pemimpin dari PEJUANG.
Jika budaya bekerja keras secara jujur dan ikhlas begini terus disemaikan di kalangan pemimpin atau ahli-ahli PEJUANG; yakinilah parti ini kelak boleh pergi amat jauh dalam lanskap politik tanahair.
Tun Dr Mahathir Mohamad, Dato Seri Mukhriz Mahathir, pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli dari sebuah parti baru yang bakal diujudkan ini berjaya balik pada wadah perjuangan mulia sepertimana umno mula-mula ditubuhkan dulu.
Sebenarnya, inilah moral dan fakta yang kita ingin lihat dari para pejuang untuk parti PEJUANG kelak yang telah berjaya keluar dari kepompong parti UMNO yang serba korup.
Kenyataan Dato Seri Mukhriz Mahathir amat tepat yakni PEJUANG sudah berjaya dalam ‘test’ ini bagi menghadapi kemungkinan pru15 dalam tempoh yang terdekat ini.
Amat sahih semangat perjuangan pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli PEJUANG cukup berbeda dengan budaya umno serta BN.
Budaya inilah yang kita ingin lihat pada sesebuah parti baru seperti PEJUANG.
Dengan lebih kurang seramai 7,300 pengundi tidak keluar mengundi; calon bebas telah berjaya mempamerkan satu pertandingan secara bergaya pada hakikatnya.
Sekarang fokus kita haruslah ditumpukan kepada samada untuk ambil balik mandat rakyat dari PN dalam masa terdekat dan susun strategi bagi menghadapi pru15.
Terbukti PEJUANG mempunyai kebolehan ini dan tunggu saja kelulusan rasmi dari pendaftar pertubuhan untuk parti baru ini bergerak secara sistematik, berterusan dan menyeluruh kearah mengambil alih kepimpinan negara. Insya-Allah, Ameen.
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
