KENYATAAN RASMI: PAS KEDAH SIAP SEDIA KETUAI PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI KEDAH

PAS. Sumber (gambar): Fail TTF

Ustaz Haji Ahmad bin Yahaya

كڽاتأن راسمي: ڤاس قدح سياڤ سديا كتواي ڤينتادبيران كراجأن نڬري قدح

1. Kepincangan dan perpecahan yang berlaku dalam Pakatan Harapan (PH) Kedah sukar dikawal lagi dan terus memperlihatkan kelemahan gabungan itu dalam mengurustadbir negeri Kedah.

2. Kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sidam, Dr. Robert Ling Kui Ee pada Isnin, 4 Mei lalu melalui akaun Facebooknya yang mempertikaikan keputusan pemecatan timbalannya di Cabang PKR Sungai Petani dan ramai lagi kepimpinan cabang di Kedah memperlihatkan Adun itu sudah tidak sehaluan dengan kepimpinan PH Kedah.

Bakal ada beberapa Adun PKR lain akan mengikuti langkah beliau dan ia mengurangkan jumlah kerusi penguasaan PH.




3. Menteri Besar, Dato’ Seri Mukhriz Mahathir sekarang bukan lagi pengerusi PH Kedah, beliau hanya mampu melihat tanpa berhak mencatur pergerakan Adun PH daripada PKR kerana dari sudut gabungan, PKR dan Bersatu tidak lagi sehaluan.

Mukhriz juga dalam keadaan amat lemah kerana daripada enam Adun Bersatu Kedah, tidak sampai separuh yang berpihak kepadanya memandangkan banyak kelemahan yang gagal diperbaiki Mukhriz.

4. Adun-adun dalam Parti Bersatu Pribumi Malaysia (PPBM) Kedah juga dilihat canggung dengan tindakan Bersatu Kedah yang masih berkerjasama dengan PH untuk menjadi negeri pembangkang yang sekaligus melawan arus kerana Perdana Menteri adalah Presiden parti mereka sendiri.

5. Pada dasarnya, PH telah tempang dan kehilangan majoriti untuk menerajui kerajaan negeri Kedah, perubahan kerajaan negeri sudah tidak dapat dielakkan lagi.

6. Justeru, PAS Kedah yang memiliki 15 kerusi Dun di Kedah, jumlah paling tinggi dalam kalangan parti yang ada di Kedah bersedia menerajui pentadbiran kerajaan negeri ini.

7. Atas semangat Muafakat Nasional PAS-Umno, kami memiliki lagi dua kerusi milik Umno menjadikan kesemuanya 17 kerusi Dun.

8. Keyakinan ini turut mengambil kira kredibiliti calon menteri besar dalam kalangan Adun PAS yang mempunyai pengalaman dan rekod yang bersih sepanjang bersama dalam kerajaan negeri ketika era PAS mentadbir Kedah 2008-2013 lalu.

Loading...

9. Kecelaruan iklim politik yang dipamerkan PH ini telah memberikan kesan negatif terhadap penumpuan memajukan negeri dan rakyat menerima tempias buruk akibat perbalahan pemimpin PH.

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...