KENYATAAN RASMI: RAKYAT YAKIN DENGAN REGU TUN MAHATHIR, TENGKU RAZALEIGH

Bekas penyelaras parlimen Jasin Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan. Sumber (gambar): Fail TTF

“Sebelum negara kita menuju ke lembah kehancuran; rata-rata rakyat berpendapat adalah lebih baik teraju kepimpinan negara diambil-alih tokoh- tokoh yang berkebolehan seperti Tun Dr Mahathir Mohamad dan YBM Tengku Razaleigh Hamzah”

Khairuddin Abu Hassan

Tinjauan pendapat amat positif dengan regu Tun Dr Mahathir Mohamad dan YBM Tengku Razaleigh Hamzah untuk ambil-alih kepimpinan negara.

Keseluruhan rakyat berpendapat kedua tokoh ini amat berpengalaman luas bagi mentadbir seterusnya membina semula Malaysia Baharu.

Kedua tokoh negarawan ini tidak mempunyai sebarang bentuk agenda kepentingan peribadi selain dari hanya memikul tanggungjawab secara teramanah serta terbaik mungkin memimpin negara demi kepentingan bangsa mahupun negara.




Malahan, majoriti dari ahli-ahli parlimen juga menghormati kewibawaan kedua tokoh ini.

Tan Sri Muhyiddin Yassin telah gagal untuk mentadbir negara di saat situasi negara menghadapi pandemik Covid-19 dan kedudukan ekonomi negara yang tidak menentu dewasa ini.

Perdana menteri masakini bukan seorang tokoh pemimpin yang mampu memacu negara ke peringkat yang cemerlang.

Malahan, Muhyiddin Yassin hanya mampu berselindung di sebalik  pandemik Covid-19 dengan retorik membelanjakan kedudukan kewangan negara yang dikumpul secara effektif oleh Tun Dr Mahathir Mohamad ketika memimpin negara di bawah kerajaan PH selama 18 bulan. 

Kini kerajaan ‘tebuk atap’ Muhyiddin Yassin hanya mampu membuat pelbagai pengumuman ‘belanja’ kewangan negara tanpa mempunyai dasar yang jelas bagi menjanakan pendapatan kepada negara.

Rakyat Malaysia sudah semakin ‘jelek’ dengan pengumuman perdana menteri dan dalam masa yang sama aktiviti perniagaan semakin merosot.

Bidang ekonomi dan perniagaan menjadi semakin sempit. Kesusahan dan penderitaan rakyat semakin tertekan.

Loading...

Adalah lebih molek untuk Tan Sri Muhyiddin Yassin berundur secara terhormat dan serahkan kepimpinan negara kepada Tun Dr Mahathir Mohamad bersama YBM Tengku Razaleigh Hamzah kearah memperbetulkan asas ekonomi negara di landasan yang terbaik.

Hari demi hari berlalu begitu pantas serta kedudukan ekonomi negara semakin parah.

Menteri kewangan pula membuat kenyataan yang sukar kita percaya dengan ramalan kononnya pertumbuhan ekonomi negara akan tumbuh sejumlah 8% pada tahun 2021.

Pertumbuhan ekonomi negara pada tahun ini diramalkan hanya 4% saja. Saya nampak menteri kewangan ‘hingusan’ ini hanyalah diarahkan bercakap bagi menyedapkan ‘telinga’ rakyat semata-mata.

Tengku Zafrul gagal menyedari bahawa rakyat Malaysia tidak boleh diperbodohkan lagi oleh kerajaan ‘pintu belakang’ yang sedang dipimpin oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sebelum negara kita menuju ke lembah kehancuran; rata-rata rakyat berpendapat adalah lebih baik teraju kepimpinan negara diambil-alih tokoh- tokoh yang berkebolehan seperti Tun Dr Mahathir Mohamad dan YBM Tengku Razaleigh Hamzah.

Inilah kedua tokoh negarawan yang pada hakikatnya kita boleh sandarkan harapan cerah untuk memperbaikki pelbagai kelemahan secara kronik buat masakini.

Seandainya tan sri Muhyiddin Yassin secara tulen sayangkan kepada bangsa mahupun negara; beliau harus meletakkan jawatannya secara kadar segera.

Dari awal lagi saya tidak pernah mempunyai keyakinan dengan tan sri Muhyiddin Yassin.

Beliau tidak akan mampu untuk memimpin negara, cuma ‘syok’ sendiri saja menjawat jawatan perdana menteri.

‘Bapa pengumuman’ tersohor ini harus cerminkan dirinya dan bersikap realistik untuk mengakui secara jujur bahawa beliau tidak mampu lagi memimpin negara.

Negara kita masih beruntung kerana tuhan masih ‘meminjamkan’ dua tokoh negarawan sehingga kini buat Malaysia.

Kewibawaan Muhyiddin Yassin sebesar ‘zarah’ pun tiada jika hendak dibandingkan dengan ketokohan bertaraf dunia yakni Tun Dr Mahathir Mohamad dengan YBM Tengku Razaleigh Hamzah.

Apapun, kita amat yakin bahawa tan sri Muhyiddin Yassin kemungkinannya akan tumbang dalam sedikit masa lagi, Ameen.

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...