Kenyataan Rasmi: SPRM akan mengemukakan rayuan berhubung pembatalan reman ke atas Phee dan dua lagi individu

Kenyataan Media Rasmi

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM, stay MACC) menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini yang telah membatalkan tempoh reman selama lima hari ke atas EXCO Pulau Pinang, Phee Boon Poh  bersama  pengarah dan pengurus kilang haram yang dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Georgetown pada Sabtu lalu.




Walau bagaimanapun, SPRM tidak berpuas hati dengan keputusan yang telah dibuat oleh Yang Arif Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Abdul Wahab Mohamed yang telah membatalkan perintah reman yang dikeluarkan oleh mahkamah majistret tersebut dan akan mengemukakan rayuan ke Mahkamah Rayuan.

SPRM memandang serius perkara ini kerana keputusan tersebut juga telah menjejaskan proses siasatan oleh pasukan penyiasat yang sedang giat melengkapkan kertas siasatan berhubung penglibatan Phee dan dua lagi suspek yang disyaki terlibat dalam operasi kilang haram di tanah pertanian di Sungai Lembu,  Penanti.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA

PUTRAJAYA



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...