Kenyataan Takiyuddin pelik, tidak berpaksi pada norma perundangan, seolah-olah cuba lindungi Azam Baki

Kenyataan Takiyuddin amat tidak bertanggungjawab dan berniat mengalihkan perhatian rakyat dari isu pokok. Sumber (gambar): Fail TTF

“Kedudukan Azam Baki mungkin telah mempengaruhi urusan jual-beli saham menerusi akaun miliknya, dengan cara yang mungkin memberi manfaat kepadanya”

Raggie Jessy Rithaudeen

كڽاتأن تاكييوددين ڤليق، تيدق برڤقسي ڤد نورما ڤرونداڠن، سأوله-اوله چوبا ليندوڠي عزم باكي

Kenyataan kepimpinan pusat PAS yang menyambut baik langkah Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki memberi penjelasan berhubung isu pemilikan saham amat pelik dan menimbulkan seribu satu soalan.

Ini kerana Ketua Pemuda PAS sebelum ini memberikan pandangan yang bertentangan secara terbuka, sambil menyeru agar Azam Baki direhatkan sementara siasatan dimulakan terhadapnya.




Semalam, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ahmad Fadhli Shaari, menyarankan agar semua yang terbabit dalam isu tersebut direhatkan sehingga siasatan selesai dan nama mereka yang terbabit dibersihkan.

SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net

Hari ini pula, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, langkah yang diambil oleh Azam Baki amat tepat kerana ia berkaitan integriti SPRM sebagai sebuah badan penguat kuasa pencegahan rasuah yang utama di negara ini.

Berbeza dengan pandangan Ahmad Fadhli, Takiyuddin berkata, kenyataan terbuka Azam Baki diharapkan dapat menghentikan tindakan beberapa pihak yang kelihatan sengaja membangkitkan isu itu bagi menimbulkan keraguan dalam kalangan rakyat dan menganggu gugat kestabilan negara.

Namun, saya berpendapat bahawa kenyataan Takiyuddin amat tidak bertanggungjawab dan berniat mengalihkan perhatian rakyat dari isu pokok.

BACA JUGA: NAJIB TERSILAP PECAH LUBANG SENDIRI

Sesungguhnya, tidak ada usaha oleh mana-mana pihak untuk menimbulkan keraguan rakyat, memandangkan Azam Baki sendiri mengakui akaun peribadinya digunakan untuk pembelian saham sewaktu beliau masih menjawat jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM.

Ini sudah pasti menimbulkan tanda tanya apakah berlaku salah guna kuasa dan kedudukan menurut akta SPRM dan akta-akta lain yang berkaitan sewaktu pembelian saham dibuat, memandangkan kedudukan Azam Baki mungkin telah mempengaruhi urusan jual-beli saham menerusi akaun miliknya, dengan cara yang mungkin memberi manfaat kepadanya.

Nyata sekali siasatan harus dilakukan, dan amat pelik apabila pemimpin PAS menerima bulat-bulat pendapat sebuah panel yang berkait secara langsung dengan badan penguat kuasa pencegahan rasuah utama negara.

Loading...

Sepatutnya, siasatan terhadap Azam Baki dilakukan oleh satu Jawatankuasa Siasatan Khas yang tidak berkait secara langsung atau tidak langsung dengan SPRM, spertimana yang disyorkan oleh peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla.

WAJIB BACA:

i-Citra – Najib pecah lubang sendiri, nasi dah jadi bubur



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...