Kenyataan terkini Anwar bukti PH takut hilang banyak undi Melayu tanpa Mahathir

“Mustahil pengundi Melayu-Islam yang sebelum ini bersama Pakatan Harapan hanya disebabkan Mahathir dan Bersatu akan selesa dengan pentadbiran yang melibatkan DAP tanpa Mahathir”

Raggie Jessy Rithaudeen

كڽاتأن تركيني انور بوقتي ڤه سدر اكن هيلڠ باڽق اوندي ملايو تنڤا محضير

Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba-tiba memberi jaminan bahawa  DAP tidak akan menguasai Pakatan Harapan jika gabungan itu memenangi pilihan raya umum ke-15.

“Kerajaan ni Melayu, Agong Melayu, menteri besar Melayu. Baik di Selangor atau Perak,” katanya dalam ucapan semasa majlis ramah mesra dengan masyarakat India di Ulu Kinta, Perak.




SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net

Persoalannya, kenapakah Anwar tidak mempertahankan kerajaan pimpinan Pakatan Harapan dengan hujah ini ketika Tun Mahathir Mohamad masih menerajui gabungan itu dan difitnah berada di bawah pengaruh DAP?

Bukankah ini satu bentuk hipokrisi?

Persoalan kedua, kenapa tiba-tiba beri jaminan sedemikian, sedangkan Pakatan Harapan sebelum ini memberi gambaran seolah-olah gabungan itu pilihan rakyat?

Terus terang, Anwar takut Pakatan Harapan akan kehilangan banyak undi Melayu berbanding Pilihan Raya Umum ke-14 disebabkan ketiadaan Mahathir dan Bersatu.

Berdasarkan berbelas-belas tinjauan online, Pakatan Harapan berada di tangga kedua terbawah sebagai gabungan pilihan rakyat untuk mentadbir negara.

Dalam tinjauan-tinjauan ini, Barisan Nasional mencatatkan prestasi yang paling buruk antara semua gabungan.

Undi yang mengalir keluar daripada Barisan Nasional semestinya akan menghala ke gabungan lain – GTA dan Perikatan Nasional dijangka akan mendapat manfaat besar daripada pengaliran ini.

Loading...

Mustahil pengundi Melayu-Islam yang sebelum ini bersama Pakatan Harapan hanya disebabkan Mahathir dan Bersatu akan selesa dengan pentadbiran yang melibatkan DAP tanpa Mahathir.

Apakah ini yang membimbangkan Anwar?



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...