Kenyataan terkini Suruhanjaya Sekuriti makan diri, timbulkan syak siasatan dipengaruhi oleh Azam Baki

“Kegagalan kerajaan menasihati Yang Di-Pertuan Agong untuk ‘merehatkan’ Azam menimbulkan syak bahawa beliau telah mempengaruhi siasatan SC dengan memulakan siasatan SPRM terhadap aduan SC tidak lama selepas SC memulakan siasatan terhadapnya”

Raggie Jessy Rtihaudeen

كڽاتأن تركيني سوروهنجاي سكوريتي تيمبولكن شك سياستن دڤڠاروهي اوليه عزم باكي

Suruhanjaya Sekuriti (SC) hari ini membuat dakwaan kononnya Tan Sri Azam Baki mempunyai “kawalan” ke atas akaun dagangannya sendiri.

Ini bercanggah terus dengan pengakuan Azam sendiri, bahawa akaun trading beliau telah digunakan oleh adiknya, Nasir Baki, untuk tujuan pembelian saham.




Dalam satu kenyataan petang ini, SC berkata, ia mendapati bahawa Azam adalah pemegang akaun yang dinamakan dan mempunyai kawalan ke atas akaun dagangan tersebut.

“SC ingin menjelaskan bahawa bukti bebas yang dikumpul semasa siasatan ke atas akaun dagangan Azam menunjukkan bahawa Azam adalah pemegang akaun yang dinamakan dan mempunyai kawalan ke atas akaun dagangan tersebut;

SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net

“(Dan) Azam mengendalikan akaun yang dibukanya, kerana dia telah memberi arahan untuk membeli, menjual dan memindahkan sekuriti daripada akaun tersebut,” jelas suruhanjaya itu.

“Oleh itu, SC membuat keputusan bahawa tiada pelanggaran Seksyen 25(4) Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (SICDA),” tambah pengawal selia pasaran modal itu.

Persoalannya, siapa menipu?

Atau adakah Azam Baki lupa bahawa akaun tradingnya sentiasa berada dalam kawalan beliau, sekaligus menimbulkan persoalan apakah wujud konflik kepentingan dan pelanggaran Akta SPRM 2009 ketika pembelian saham dibuat?

BACA JUGA: KENYATAAN AZAM BAKI BERHUBUNG KEPUTUSAN SC SAH PALSU

Kegagalan kerajaan menasihati Yang Di-Pertuan Agong untuk ‘merehatkan’ Azam menimbulkan syak bahawa beliau telah mempengaruhi siasatan SC dengan memulakan siasatan SPRM terhadap aduan SC tidak lama selepas SC memulakan siasatan terhadapnya.

Loading...

Pada 9hb Januari, saya menulis:

Tan Sri Azam Baki ialah Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dan beliau baru sahaja mengaku bahawa akaun sahamnya digunakan pada tahun 2015 untuk membeli saham dalam jumlah yang besar.

Azam didakwa memiliki antara 1.9 juta hingga 2.9 juta saham dalam sebuah syarikat senaraian awam pada 2016, serta 2.15 juta waran dalam sebuah lagi syarikat lain semasa memegang jawatan sebagai pengarah bahagian siasatan SPRM.

Jika dikaji, jumlah ini melanggar pekeliling pemilikan dan pengisytiharan harta oleh penjawat awam, kerana membabitkan akaun saham milik Azam Baki, seorang berpangkat tinggi dalam agensi kerajaan.

Azam Baki mendakwa kononnya akaun saham beliau digunakan oleh adiknya, Nasir Baki, namun pendedahan ini jelas melanggar Seksyen 25 Akta Perndustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991(SICDA).

Dari sudut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 pula, timbul soal samada Azam Baki menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan saham dalam jumlah yang besar, yang mungkin berupa ‘ganjaran’ bagi tujuan tertentu.

Jika saham ini diketahui boleh membawa keuntungan buat Azam Baki dalam jangka masa tertentu, ianya boleh disifatkan sebagai satu bentuk suapan.

Kesemua ini wajib disiasat, dan memandangkan Azam Baki merupakan Ketua Pesuruhjaya agensi kerajaan (SPRM), siasatan dalaman SPRM atau siasatan agensi kerajaan lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak memadai.

Sebaliknya, Azam Baki perlu ‘direhatkan’ daripada tugasnya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM dan disiasat oleh badan bebas yang tidak berkait dengan kerajaan, samada secara langsung atau tidak langsung.

Inilah sebabnya penubuhan Suruhanjaya Siasatan Khas (Special Task Force) dicadangkan.

WAJIB BACA:

Kenyataan Azam Baki bahawa Suruhanjaya Sekuriti mendapati beliau ‘tidak lakukan kesalahan’ sah palsu

 



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...