KENYATAAN TUN MAHATHIR DISAMBUT BAIK SELURUH RAKYAT MALAYSIA

Khairuddin Abu Hassan

Inilah sifat terpuji Tun Dr Mahathir Mohamad selaku tokoh negarawan yang senantiasa meletakkan kepentingan bangsa serta negara di atas kepentingan politik.

Kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad disambut baik oleh keseluruhan rakyat Malaysia yang mahukan suhu politik diturunkan bagi mengujudkan ‘cooling off period’ demi kestabilan lanskap politik negara.




Tokoh negarawan terulung negara adalah Pengerusi parti PEJUANG yang senantiasa menasihati pemimpin-pemimpin PEJUANG untuk terus konsisten membantu mengatasi penderitaan keseluruhan rakyat jelata di saat yang paling mencabar ini.

Begitu juga dengan Presiden parti PEJUANG; YB Datuk Seri Utama Mukhriz Mahathir yang turut menasihati kami agar jangan main politik tetapi harus fokus kearah gerak-kerja untuk meringankan segala permasalahan rakyat masakini.

YB Datuk Seri Utama Mukhriz Mahathir turut menitik-beratkan agar semua pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli PEJUANG untuk terus main peranan proaktif membantu bangsa serta negara kita yang tercinta ini.

Sebab itu fokus PEJUANG hanyalah berusaha bagi menrealisasikan Majlis Pemulihan Negara yang diterajui oleh Tun Dr Mahathir Mohamad bagi membantu negara menyelesaikan polemik pandemik Covid-19 yang mengerikan di samping menyelesaikan segala masalah kecelaruan politik, ekonomi, sosial serta sistem pendidikan.

Saranan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mencadangkan tak perlu undi percaya lagi di Parlimen kerana bakal memberi risiko berulang pergolakan politik negara amat dialu-alukan oleh semua pihak.

Kenyataan bernas Tun Dr Mahathir Mohamad adalah berniat ikhlas kerana benar-benar mahu stabilkan lanskap politik negara agar pihak kerajaan mahupun pembangkang dapat memberi tumpuan kearah hanya bagi membantu seluruh rakyat memerdekan diri dari kepompong kesusahan yang amat sangat kini seterusnya dapat membina semula Malaysia baharu.

Diharapkan semua pihak tanpa kira kerajaan ataupun pembangkang mesti sambut baik saranan Tun Dr Mahathir Mohamad demi kesejahteraan masa depan bangsa mahupun negara.

Loading...

Sudah sampai masanya  semua pemimpin-pemimpin politik bersatu hati dan berjiwa besar demi kepentingan kita bersama.

Kepentingan bangsa dan negara harus diletakkan di tahap paling atas melepasi agenda sempit perbalahan merentasi parti-parti politik yang tidak berkesudahan.

Kita adalah rakyat Malaysia yang cintakan tanahair ini. Malaysia adalah tanah tumpah darah kita.

Apa gunanya kita terus berbalah sesama sendiri sehingga keseluruhan institusi negara runtuh yang bakal merugikan keseluruhan bangsa.

Semoga Allah swt memakbulkan dan memberkati saranan Tun Dr Mahathir Mohamad yang cukup bernas demi masa rakyat Malaysia. Insya-Allah!! Ameen!!

Cadangan ikhlas dan murni Tun Dr Mahathir Mohamad di bulan kemerdekaan negara akan menjadi satu titik permulaan politik matang sesama kita.

Kita juga harus semaikan politik matang dan bukannya politik berbalas dendam demi mencapai cita-cita rakus agenda politik sempit peribadi.

SYABAS dan TAHINIAH Tun Dr Mahathir Mohamad.

WAJIB BACA:

Hanya satu sebab Muhyiddin sokong Ismail Sabri, itu pun dijangka tidak bertahan lama



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...