Kepakaran Anwar Ibrahim hanya ‘tikam belakang’, majoriti ahli parlimen dah tak terima

Bekas penyelaras parlimen Jasin Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan. Sumber (gambar): PenangKini

“Kejatuhan kerajaan PH adalah atas gara-gara percaturan permainan politik ‘tikam belakang’ oleh Anwar Ibrahim yang akhirnya ‘memakan diri sendiri’ sehingga kerajaan yang dipilih oleh rakyat pada pru14 tumbang”

Khairuddin Abu Hassan

Ketua penerangan pemuda PKR Razeef Rakimin seorang budak ‘hingusan’ yang tak boleh terima hakikat bahawa Anwar Ibrahim ‘berpenyakit’ dan tidak layak jadi perdana menteri.

Sekiranya Anwar Ibrahim dilantik menjadi perdana menteri maka keseluruhan negara ini akan hancur.

Bukan saja salah di sisi hukum duniawi untuk lantik Anwar Ibrahim jadi perdana menteri tetapi dari segi hukum agama juga ‘haram’ melantik beliau bagi menjadi khalifah utama kepada sekalian ummah.




Golongan taksub dengan Anwar Ibrahim harus terima hakikat bahawa Allah SWT tidak akan merestui seseorang yang kemaruk kuasa dan kedudukan atau bermasalah sepertinya untuk menjawat jawatan utama negara.

Apa yang istimewa sangat dengan Anwar Ibrahim? Dia bukan boleh bekerja pun. Kepakaran Anwar Ibrahim ini hanyalah bermain politik ‘tikam belakang’ untuk menyekat siapa saja dari menjadi perdana menteri kecuali dirinya.

Manusia in sudah tidak relevan lagi dalam dunia politik hari ini bahkan ditolak terus oleh majoriti ahli-ahli parlimen.

Biar mencuba berulang kali sejak Pakatan Harapan menang Pilihan Raya Umum ke-14, Anwar Ibrahim gagal mendapatkan sokongan majoriti walaupun dengan janji-janji manis yang ditaburnya.

Tindak-tanduknya dan keterdesakannya hanya membawa keresahan di kalangan ahli-ahli parlimen yang nampak sifat kemaruk kuasa yang ada pada dirinya.

Maka selagi Anwar Ibrahim berada dalam lanskap politik tanahair maka selagi itulah keadaan politik negara kita akan jadi huru-hara.

Kejatuhan kerajaan PH adalah atas gara-gara percaturan permainan politik ‘tikam belakang’ oleh Anwar Ibrahim yang akhirnya ‘memakan diri sendiri’ sehingga kerajaan yang dipilih oleh rakyat pada pru14 tumbang.

Loading...

Perubahan senario politik pada hari ini di tanahair kita adalah disebabkan oleh salah percaturan politik jahat Anwar Ibrahim.

Namun, saya setuju sangat dengan pandangan ‘budak hingusan’ ini agar PH dibubarkan saja.

PH tidak boleh diterajui oleh ‘manusia berpenyakit’ Anwar Ibrahim kerana ianya akan membawa ‘sial’ pada keseluruhan anggotanya.

Presiden PKR ini adalah seorang ‘kaki kelentong’ semata-mata.

Dia ‘kelentong’ parti DAP dan Amanah kononnya mempunyai cukup sokongan ahli-ahli parlimen bagi membentuk kerajaan baru.

Jadi, saya nak tanya Razeef Rakimin mana sokongan dari ahli-ahli parlimen yang kononnya menyokong Anwar Ibrahim bagi menubuhkan kerajaan baru PH?

Cukup-cukuplah nak menipu semua orang.

DAP dan Amanah jangan lagi berangan-angan ‘mat jenin’ dengan Anwar Ibrahim.

Parti DAP dan Amanah sepatutnya mencari kaedah baru dengan berkolaberasi dengan Tun Dr Mahathir Mohamad kearah mencapai matlamat tersebut.

Lama mana lagi DAP serta Amanah hendak tunggu dan biarkan diri mereka diperbodohkan oleh ‘manusia berpenyakit’ Anwar Ibrahim?

Semua pihak harus berpijak di bumi yang nyata. Jangan buang masa lagi dengan Anwar Ibrahim.

Secara jujur dan ikhlas majoriti ahli parlimen tidak mahu Anwar Ibrahim untuk jadi perdana menteri. Dia hanya ‘syok sendiri’ dan terus memperbodohkan rakan-rakan lain untuk menyokong cita-cita rakusnya itu saja.

Masa ketikanya sudah sampai untuk semua komponen PH tinggalkan Anwar Ibrahim.

Sekiranya semua masih tidak sedar bahawa Anwar Ibrahim hanya ‘main wayang’ dan ‘syok sendiri’ saja; semua pihak akan terus tewas buat selamanya.

Jangan sesiapa pun bermimpi untuk menubuhkan kerajaan baru di bawah kepimpinan ‘manusia berpenyakit’ Anwar Ibrahim ini.

Jangan buang masa lagi serta jangan sama sekali biarkan diri kita terus diperbodohkan oleh ‘manusia berpenyakit’ Anwar Ibrahim.

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...