Kepimpinan Tertinggi PPBM akhirnya mengaku keluar Pakatan Harapan sebab tidak tahan desakan Anwar dijadikan Perdana Menteri

Pembentukan kerajaan pimpinan Perikatan Nasional didakwa hasil peristiwa yang tidak diduga dan terjadi dengan pantas setelah Mahathir sendiri meletakkan jawatan selaku perdana menteri ketujuh. Sumber (gambar): Fail TTF

كڤيمڤينن ترتيڠڬي ڤڤبم اخيرڽ مڠاكو كلوار ڤاكتن هارڤن سبب تيدق تاهن دسقن انور دجاديكن ڤردان منتري

Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PPBM Muhammad Faiz Na’aman semalam mengaku partinya serik melihat drama politik dalaman kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (PH) yang tidak sunyi dari desakan agar Tun Dr Mahathir Mohamad memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri ke-8.

Dalam menjawab dakwaan Mahathir bahawa mereka yang sokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin Yassin pada hari ini menyokong Datuk Seri Najib Tun Razak, Faiz berkata, pihaknya turut sehaluan dengan masyarakat Melayu-Islam yang tidak dapat menerima ideologi serta keceluparan beberapa pemimpin DAP yang banyak menyentuh sensitiviti ketika mereka berkuasa dalam kerajaan.

Faiz mendakwa menerima sepucuk surat daripada Mahathir yang menyuarakan rasa sedih bekas perdana menteri itu dengan apa yang sedang berlaku dalam PPBM.

“Saya ingin menyatakan kesedihan saya kerana kita bersama-sama berikrar untuk jatuhkan kerajaan kleptokratik Najib, tetapi hari ini parti kita menyebelahi Najib,” Mahathir dilaporkan sebagai berkata dalam surat berkenaan.


PETALING JAYA: Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PPBM Muhammad Faiz Na’aman semalam mengaku partinya serik melihat drama politik dalaman kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (PH) yang tidak sunyi dari desakan agar Tun Dr Mahathir Mohamad memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri ke-8.

Dalam menjawab dakwaan Mahathir bahawa mereka yang sokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin Yassin pada hari ini menyokong Datuk Seri Najib Tun Razak, Faiz berkata, pihaknya turut sehaluan dengan masyarakat Melayu-Islam yang tidak dapat menerima ideologi serta keceluparan beberapa pemimpin DAP yang banyak menyentuh sensitiviti ketika mereka berkuasa dalam kerajaan.




Tambahnya lagi, pembentukan kerajaan pimpinan Perikatan Nasional adalah hasil peristiwa yang tidak diduga dan terjadi dengan pantas setelah Mahathir sendiri meletakkan jawatan selaku perdana menteri ketujuh.

“Ia juga manifestasi bahawa majoriti rakyat terutama Melayu-Islam-Bumiputera telah serik melihat drama politik dalaman kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang tidak sunyi dari desakan agar Tun (Mahathir) memberi laluan kepada Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri kesembilan.

“Dan yang paling utama, muslim di negara ini selaku kelompok pengundi majoriti tidak dapat menerima ideologi serta keceluparan beberapa pemimpin DAP yang banyak menyentuh sensitiviti ketika mereka berkuasa dalam kerajaan PH dahulu,” dakwanya.

Faiz mendakwa menerima sepucuk surat daripada Mahathir yang menyuarakan rasa sedih bekas perdana menteri itu dengan apa yang sedang berlaku dalam PPBM.

“Saya ingin menyatakan kesedihan saya kerana kita bersama-sama berikrar untuk jatuhkan kerajaan kleptokratik Najib, tetapi hari ini parti kita menyebelahi Najib,” Mahathir dilaporkan sebagai berkata dalam surat berkenaan.

Mengulas lanjut, Faiz mendakwa, selepas Pakatan Harapan (PH) berjaya menjatuhkan kerajaan pimpinan Barisan Nasional, mereka yang terlibat dalam salah laku jenayah sudah pun didakwa.

“Ya, benar kita mempunyai ikrar yang sama ketika menghadapi PRU ke-14 lalu. Prinsip anti rasuah, anti salah guna kuasa dan anti jenayah tidak pernah saya tinggalkan.

Loading...

“Namun setelah mereka yang terlibat itu sedang menghadapi pendakwaan di mahkamah, maka saya anggap kita telah pun memenuhi objektif perjuangan kita tersebut setakat yang termampu,” katanya lagi.

“Bukan parti politik, bukan perdana menteri, dan juga bukan media massa atau media sosial. Itulah prinsip “Rule of Law” yang Tun (Mahathir) sendiri sering war-warkan.

“Dan saya percaya mahkamah kita terutama para hakim bebas dari campurtangan orang-orang politik sepertimana yang kita belajar mengenai pemisahan kuasa dalam pentadbiran negara,” katanya.

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...