Kepimpinan UMNO, PAS setuju daftar Muafakat Nasional, status PPBM tidak diketahui

Kepemimpinan UMNO dan PAS bersetuju untuk mendaftarkan Muafakat Nasional secara rasmi dengan ROS. Sumber (gambar): Fail TTF

كڤيمڤينن امنو، ڤاس ستوجو دفتر موافقة ناسيونل، ستاتوس ڤڤبم تيدق دكتاهوي

UMNO dan PAS bersetuju mendaftar Muafakat Nasional secara rasmi dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Muafakat Nasional dalam satu kenyataan memaklumkan, kepemimpinan gabungan itu juga sepakat memberi komitmen untuk terus memperkukuhkan perpaduan dan kerjasama antara parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Bagaimanapun, setakat ini, tidak jelas berkaitan status Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam Muafakat Nasional sama ada penyertaannya sudah dimuktamadkan, atau sebaliknya.

Ogos lalu, PPBM dilaporkan bersetuju untuk menyertai Muafakat Nasional setelah diundang oleh gabungan itu.


KUALA LUMPUR: UMNO dan PAS bersetuju mendaftar Muafakat Nasional secara rasmi dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS).

Muafakat Nasional dalam satu kenyataan memaklumkan, kepemimpinan gabungan itu juga sepakat memberi komitmen untuk terus memperkukuhkan perpaduan dan kerjasama antara parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).




“Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Muafakat Nasional yang dijadualkan semalam, ditangguhkan seiring arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Kepemimpinan Muafakat Nasional bersepakat secara bersama serta memberi komitmen untuk terus memperkukuhkan perpaduan dan kerjasama antara parti sebagai persiapan menghadapi PRU-15.

“Kepemimpinan kedua-dua parti (UMNO dan PAS) bersetuju untuk mendaftarkan Muafakat Nasional secara rasmi dengan ROS,” menurut kenyataan itu, hari ini.

Kenyataan tiga perenggan itu dikeluarkan secara bersama oleh Setiausaha Agung I yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa dan Setiausaha Agung II merangkap Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan.

Bagaimanapun, setakat ini, tidak jelas berkaitan status Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam Muafakat Nasional sama ada penyertaannya sudah dimuktamadkan, atau sebaliknya.

Ogos lalu, PPBM dilaporkan bersetuju untuk menyertai Muafakat Nasional setelah diundang oleh gabungan itu.

Sumber:

Loading...

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...