Kepimpinan UMNO ugut Ismail Sabri

“Asyraf dan Isham berlagak seperti “suara rasmi kerajaan” dan membuat kenyataan sesuka hati, seolah-olah tadbir urus negara kini terletak di bawah parti politik bernama UMNO, bukannya dibawah kerajaan persekutuan”

Raggie Jessy Rithaudeen

كڤيمڤينن امنو اوڬوت اسماعيل صبري

Ketua Pemuda UMNO, Asyraf Wajdi, dan ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Isham Jalil, mungkin berpendapat bahawa rakyat Malaysia memiliki IQ yang rendah, namun, semua dapat melihat permainan licik kepimpinan UMNO dalam menekan Perdana Menteri untuk membubarkan parlimen.

Dengan menggunakan tuntutan Perikatan Nasional terhadap Perdana Menteri sebagai alasan, Asyraf dan Isham mendakwa, Perdana Menteri sedang diugut dan seharusnya membiarkan rakyat menentukan siapa yang harus memerintah menerusi Pilihan Raya Umum ke-15.




SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net

Persoalannya, jika tuntutan Perikatan Nasional dianggap sebagai ‘ugutan’, bukankah kepimpinan UMNO sendiri sedang ‘mengugut’ Ismail Sabri dengan menuntut pembubaran parlimen hampir setiap hari?

Sebetulnya, keputusan samada perlu menghadap Yang Di-Pertuan Agong untuk mengusulkan pembubaran parlimen merupakan prerogatif Perdana Menteri semata-mata, bukannya urusan UMNO.

Asyraf dan Isham perlu sedar, sebarang kenyataan berhubung tuntutan Perikatan Nasional terhadap Perdana Menteri harus dijawab oleh Perdana Menteri sendiri atau wakilnya daripada kerajaan, bukannya orang-orang UMNO yang tiada peranan dalam kerajaan.

Sekiranya UMNO ingin melibatkan diri, kepimpinan parti itu perlu menghormati peranan Datuk Seri Ismail Sabri sebagai perdana menteri dan mengadakan satu pertemuan tertutup dengan beliau menerusi landasan parti yang betul.

Ini tidak, Asyraf dan Isham berlagak seperti “suara rasmi kerajaan” dan membuat kenyataan sesuka hati, seolah-olah tadbir urus negara kini terletak di bawah parti politik bernama UMNO, bukannya dibawah kerajaan persekutuan.

Tidakkah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendidik Asyraf dan Isham dengan betul?

Loading...



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...