كڤوتوسن ڬوبهن واڠ حرام رم9.5 جوت ڤڬوام نجيب، شافياي عبدالله، ڤد 28 اوكتوبر
Muhammad Shafee Abdullah akan mengetahui pada 28 Okt ini sama ada dia akan dibebaskan atau perlu membela diri berhubung empat pertuduhan menerima RM9.5 juta melalui hasil aktiviti haram daripada Najib Razak.
Hakim Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur, Muhammad Jamil Hussein menetapkan tarikh itu hari ini selepas selesai mendengar hujahan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Afzainizam Abdul Aziz, mewakili pendakwaan dan peguam Harvinderjit Singh yang mewakili Shafee.
Sementara itu Bernama melaporkan keputusan sama ada peguam Muhammad Shafee akan dibebaskan atau diperintah membela diri terhadap dua pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM9.5 juta didakwa diterima daripada Najib Razak dan dua tuduhan membuat penyata tidak betul kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan diketahui pada 28 Okt ini.
Hakim Muhammad Jamil Hussin menetapkan tarikh itu selepas selesai mendengar hujah pihak pendakwaan dan pembelaan di akhir kes pendakwaan.

SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net
Shafee pertama kali didakwa di mahkamah pada 13 Sept 2018, dan perbicaraan bermula pada 21 Mei 2021.
Pihak pendakwaan menutup kes terhadap peguam itu pada 12 Mei tahun ini selepas memanggil lapan saksi pendakwaan.
Shafee menghadapi dua pertuduhan menerima wang berjumlah RM9.5 juta, yang didakwa daripada aktiviti haram, melalui dua cek yang dikeluarkan Najib, yang dimasukkan ke dalam akaun CIMB Bank Bhd miliknya.
Peguam itu juga menghadapi dua pertuduhan terlibat dalam transaksi hasil daripada aktiviti haram iaitu mengemukakan penyata cukai yang tidak betul dan melanggar Perenggan 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2013, dan 31 Dis 2014.
Sementara itu Bernama melaporkan keputusan sama ada peguam Muhammad Shafee akan dibebaskan atau diperintah membela diri terhadap dua pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM9.5 juta didakwa diterima daripada Najib Razak dan dua tuduhan membuat penyata tidak betul kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan diketahui pada 28 Okt ini.
Hakim Muhammad Jamil Hussin menetapkan tarikh itu selepas selesai mendengar hujah pihak pendakwaan dan pembelaan di akhir kes pendakwaan.
“Saya perlu meneliti dan mempertimbangkan hujahan kedua-dua pihak yang lebih 500 muka surat. Oleh itu, keputusan ditetapkan pada 28 Okt ini, 9 pagi,” kata hakim itu.
Pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz manakala Muhammad Shafee diwakili peguam Harvinderjit Singh, Farhan Read dan Muhammad Farhan Muhammad Shafee.
Pada 12 Mei lepas, pihak pendakwaan menutup kes selepas mengemukakan seramai lapan saksi pada perbicaraan yang bermula 21 Mei 2021.
Antara saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan Pengurus Cawangan Ambank Jalan Raja Chulan R Uma Devi, Pengurus Cawangan CIMB Bank Bukit Tunku Rosnita Ahmad, bekas pegawai LHDN Syed Nasrul Fahmi Syed Mohamad dan Pegawai Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohamad Farid Jabar.
Pada 13 Sept 2018, Muhammad Shafee, 70, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menerima wang hasil kegiatan haram berjumlah RM9.5 juta melalui dua cek dikeluarkan Najib yang dimasukkan ke dalam akaun CIMB Bank Berhad miliknya, iaitu cek RM4.3 juta diterima pada 13 Sept 2013 manakala RM5.2 juta pada 17 Feb 2014.
Muhammad Shafee dituduh melakukan kedua-dua kesalahan itu di CIMB Bank Bhd, Taman Tunku, Bukit Tunku di sini mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun dan denda RM5 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Peguam itu juga berdepan dua pertuduhan terlibat dalam transaksi hasil daripada aktiviti haram iaitu mengemukakan penyata tidak betul dan bertentangan dengan perenggan 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Dis 2013 dan 31 Dis 2014.
Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di LHDN cawangan Jalan Duta, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim di Kuala Lumpur pada 3 Mac 2015 dan 29 Jun 2015 dan berdepan hukuman maksimum penjara 15 tahun dan denda lima kali ganda jumlah hasil aktiviti haram.
Sumber: