Keputusan kes rasuah Rosmah Mansor ditangguh ke 1 Sept, tiada alasan diberikan

Mahkamah sebelum ini menetapkan 7 Julai untuk menyampaikan keputusannya berhubung kes rasuah Rosmah yang berdepan dakwaan meminta suapan RM187.5 juta dan menerima RM6.5 juta daripada bekas pengarah urusan Jepak Holdings Sdn Bhd Saidi Abang Samsudin. Sumber (gambar): Fail TTF

كڤوتوسن كيس رسواه روسمه منصور دتڠڬوه ك 1 سيڤت، تياد السن دبريكن

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengosongkan tarikh yang dijadualkan pada 7 Julai untuk keputusan kes rasuah terhadap Rosmah Mansor yang dikaitkan dengan projek tenaga hibrid solar bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak.

Mahkamah sebaliknya menangguhkan sehingga 1 Sept untuk menyampaikan keputusan pembelaan terhadap isteri bekas perdana menteri Najib Razak.

Mengenai alasan penangguhan itu, peguam Rosmah berkata tiada yang diberikan oleh pendaftar mahkamah.

Rosmah pada 24 Jun di hadapan Mahkamah Tinggi, memfailkan permohonan baharu untuk mengketepikan bekas hakim mahkamah persekutuan Gopal Sri Ram daripada mendakwa kesnya.


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengosongkan tarikh yang dijadualkan pada 7 Julai untuk keputusan kes rasuah terhadap Rosmah Mansor yang dikaitkan dengan projek tenaga hibrid solar bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak.

Mahkamah sebaliknya menangguhkan sehingga 1 Sept untuk menyampaikan keputusan pembelaan terhadap isteri bekas perdana menteri Najib Razak.




Peguam Rosmah, Akberdin Abdul Kader mengesahkan bahawa tarikh baru ini ditetapkan semasa pengurusan kes awal pagi ini.

SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net

“Mahkamah menulis surat kepada kami untuk pengurusan kes hari ini. Tarikh keputusan seterusnya ialah 1 Sept 2022,” kata peguam itu ketika dihubungi.

Mengenai alasan penangguhan itu, Akberdin berkata tiada yang diberikan oleh pendaftar mahkamah.

Pada 27 Mei, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Rosmah untuk membatalkan keseluruhan kes rasuah solar berkenaan.

Rosmah pada 24 Jun di hadapan Mahkamah Tinggi, memfailkan permohonan baharu untuk mengketepikan bekas hakim mahkamah persekutuan Gopal Sri Ram daripada mendakwa kesnya.

Di memohon pengisytiharan bahawa pelantikan Sri Ram sebagai timbalan pendakwa raya kanan, melalui tiga surat pelantikan bertarikh 8 Julai 2020, 11 Mei dan 21 Mei 2021, adalah menyalahi undang-undang.

Mahkamah sebelum ini menetapkan 7 Julai untuk menyampaikan keputusannya berhubung kes rasuah Rosmah yang berdepan dakwaan meminta suapan RM187.5 juta dan menerima RM6.5 juta daripada bekas pengarah urusan Jepak Holdings Sdn Bhd Saidi Abang Samsudin.

Loading...

Dia didakwa menerima wang itu melalui pembantunya Rizal Mansor.

Suapan itu adalah berhubung peranan Rosmah yang didakwa membantu Jepak Holdings memenangi kontrak RM1.25 bilion untuk membekalkan elektrik ke sekolah luar bandar di Sarawak.

Sumber:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...