Keputusan kes rasuah Zahid, pengisytiharan Darurat Politik dan PRU15

“Pilihan paling rasional buat Ismail Sabri sekarang adalah untuk menunggu kes Zahid diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum mencetuskan Mesyuarat Agung Tergempar bersama Kluster Menteri bagi mengusulkan pelucutan jawatan Zahid. Sementara menunggu, Ismail Sabri boleh sahaja menasihati Yang Di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan Darurat Politik”

Raggie Jessy Rithaudeen

كڤوتوسن كيس رسواه زاهيد، ڤڠيشتهارن ضرورت ڤوليتيك دان ڤرو15

Rang Undang-Undang (RUU) anti-lompat parti yang diluluskan di Dewan Rakyat Khamis lalu paling menguntungkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Ini kerana undang-undang yang bakal berkuatkuasa akan membantu menghalang pengunduran beramai-ramai ahli-ahli parlimen dari PPBM ke parti lain sebelum Parlimen Malaysia ke-14 dibubarkan.




SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net

Kerisauan berhubung pengunduran ini tercetus setelah Zuraida Kamaruddin bertindak meninggalkan PPBM untuk menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Menurut khabar, beberapa ahli parlimen PPBM bercadang untuk mengikuti jejak Zuraida, namun, setelah RUU anti-lompat parti diluluskan, mereka terpaksa menunggu sehingga parlimen dibubarkan.

Biarpun begitu, ini tidak menghalang sesiapa daripada menyokong parti lain secara terbuka sebelum pembubaran parlimen.

Sekiranya PPBM bertindak memecat ahli-ahli parlimennya yang menyokong parti lain, berdasarkan peruntukan RUU anti-lompat parti, keanggotaan mereka di Dewan Rakyat tidak akan terganggu-gugat.

Dalam perkembangan lain, tindakan RoS meluluskan pindaan perlembagaan UMNO bermakna Datuk Seri Ismail Sabri tidak sempat mencabar Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi jawatan presiden UMNO sebelum Pilihan Raya Umum ke-15, melainkan cabaran itu dibuat menerusi Mesyuarat Agung Tergempar.

Risikonya terlalu tinggi buat Ismail Sabri jika parlimen dibubarkan sekarang, kerana bukan hanya Zahid tidak sekali-kali akan mencalonkan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri, Ismail Sabri mungkin tercicir terus dari senarai calon bertanding.

Ismail Sabri tidak mungkin boleh mempercayai sebarang janji Zahid, kerana sebelum ini, Zahid terkenal dengan sikapnya yang suka memungkiri janji dan pernah menipu ahli-ahli parlimen Barisan Nasional berhubung sokongannya terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Loading...

Pilihan paling rasional buat Ismail Sabri sekarang adalah untuk menunggu kes Zahid diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, sebelum mencetuskan Mesyuarat Agung Tergempar bersama Kluster Menteri bagi mengusulkan pelucutan jawatan Zahid.

Sementara menunggu, Ismail Sabri boleh sahaja menasihati Yang Di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan Darurat Politik.

Langkah ini akan melumpuhkan terus permainan politik Kluster Mahkamah dan memberi laluan kepada penubuhan sebuah Majlis Khas untuk membantu mentadbir urus negara, sekaligus melumpuhkan ugutan mana-mana pihak dari blok kerajaan terhadap beliau.



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...