Keputusan mahkamah benarkan Kristian guna Kalimah Allah didorong surat Najib Razak, keputusan kabinet Najib

Datuk Seri Najib Tun Razak. Sumber (gambar): Fail TTF

The Front Media

TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini

كڤوتوسن محكمه بنركن كريستيان ڬونا كلمة الله ددوروڠ سورت نجيب رازق، كڤوتوسن كابينيت نجيب

Ramai yang bertanya mengenai keputusan kes kalimah Allah semalam. Kami masih menantikan penghakiman penuh dari mahkamah tinggi untuk mengulas mengenai isu ini. Sebab tiada ribut tiada taufan tiba-tiba sahaja ada keputusan. Jadi diharap bersabar.

Sementara itu, kami boleh mengulas sedikit on the surface mengenai perkara di atas berdasarkan laporan-laporan media semalam dan komen kami mengenainya.

Isu kalimah Allah ini sudah diputuskan di peringkat mahkamah rayuan dan di mahkamah persekutuan pada tahun 2013 lagi. Keputusan mahkamah adalah tidak membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah kerana ia boleh mendatangkan kekeliruan.




Hakim Mohamed Apandi pada masa itu berkata mahkamah berpendapat bahawa kalimah Allah tidak pernah menjadi bahagian penting dalam amalan kepercayaan agama Kristian.

Beliau berkata dengan mengambil kira fakta sejarah dan agama, beliau tidak dapat menemui sebarang sebab munasabah kenapa responden (Titular Roman Catholic Archbishp of Kuala Lumpur) berkeras untuk menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan buletin mingguan mereka.

“Nama Allah tidak muncul walaupun sekali sama ada dalam kitab Perjanjian Lama atau Baharu. Dalam dunia Bible, ‘God’ sentiasa dikenali sebagai Yahweh,” kata Hakim Mohamed Apandi.

Ketika membaca penghakiman ringkas kes tersebut, beliau berkata, ia adalah penemuan bersama mereka bahawa penggunaan kalimah ‘Allah’ bukan merupakan sebahagian daripada kepercayaan dan amalan agama Kristian.

Daripada penemuan tersebut, tambahnya, mereka mendapati tidak ada sebab untuk responden (Archbishop Titular Catholic Church) berkeras untuk menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam penerbitan mingguan itu.

Penggunaan kalimah tersebut, tegas hakim Mohamed Apandi, jika dibiarkan pasti akan menyebabkan kekeliruan dalam masyarakat.

Dalam prinsip undang-undang, mahkamah yang lebih rendah hendaklah mengikut keputusan mahkamah yang lebih tinggi melainkan mahkamah yang lebih tinggi itu mengubah keputusannya. Dalam hal ini, mahkamah tinggi adalah terikat dengan keputusan mahkamah rayuan dan persekutuan pada tahun 2013 dan 2015 tersebut.

Loading...

Maka kami mendapati agak janggal apabila keputusan kes semalam dilihat bertentangan dengan prinsip yang telah diputuskan pada tahun 2013 dan 2015 itu.

Selain itu, satu lagi dapatan oleh mahkamah tinggi semalam ialah keputusan mahkamah didorong oleh keputusan kabinet pada tahun 2011, berdasarkan satu surat yang ditulis oleh Perdana Menteri ketika itu kepada Pengerusi Persekutuan Kristian Malaysia (CFM).

BACA PENDEDAHAN PENUH DI SINI

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...