Keputusan mahkhamah tiada diskriminasi politik

Keadilan perlu dinilai dengan kebenaran. Yang benar tetap benar. Yang salah tetap salah. Keadilan boleh dilewatkan tetapi tidak boleh dinafikan. Belajarlah dari pengalaman kes Forex dan Memali yang sedang hangat kita bincangkan sekarang ini. Keadilan itu boleh dilewatkan, tetapi tidak boleh dinafikan

Salleh Said Keruak




1. Malaysia mengamalkan doktrin pengasingan kuasa antara badan legislatif, eksekutif dan kehakiman.  Satu prinsip penting doktrin ini ialah tiada satu badan pun boleh melangkaui kuasa badan yang lain.

2. Namun, kini ada yang mempertikaikan pelaksanaan prinsip ini, khususnya apabila keputusan mahkamah tidak memihak kepada pihak-pihak tertentu. Apabila ini berlaku, maka timbullah tuduhan mahkamah dipengaruhi oleh kuasa politik.

3. Hairannya apabila mahkamah membebaskan Exco Pulau Pinang, Phee Boon Poh dari tahanan reman SPRM pada 14 Ogos 2017 dan membebaskan Presiden PAN Mohamad Sabu daripada tuduhan memfitnah dalam isu komunis Bukit Kepong pada 31 Mac 2017, mahkamah dikatakan bertindak adil.

4. Namun, apabila mahkamah membebaskan Pengerusi Eksekutif NFC, suami kepada Ketua Wanita UMNO dari tuduhan menyalahkan gunakan wang NFC untuk membeli kondominium pada 24 November 2015, dan membebaskan bekas Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi atas tuduhan menyalahguna kedudukannya sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) dengan meluluskan penjualan saham pada 12 Ogos 2009, maka mahkamah dikatakan tidak adil dan dipengaruhi oleh keputusan politik.

5. Tindakan pihak tertentu menimbulkan persepsi sebegini tentang keadilan mahkamah adalah tidak betul. Sistem kehakiman kita mempunyai prosedur undang-undang dan mahkamah perlu mengikut prosedur tersebut dalam perbicaraan. Kita tidak boleh bermain politik dengan isu keadilan ini untuk menimbulkan persepsi rakyat agar membenci kerajaan. Keadilan ini adalah hak rakyat.

6. Jika persepsi begini terus ditimbulkan oleh pihak-pihak tertentu, maka doktrin pengasingan kuasa yang kita bina selama ini rosak. Mahkamah seperti didesak untuk memberi keadilan hanya kepada yang menentang.  Ini adalah satu prinsip keadilan yang silap.

7. Keadilan perlu dinilai dengan kebenaran.  Yang benar tetap benar. Yang salah tetap salah. Keadilan boleh dilewatkan tetapi tidak boleh dinafikan.  Belajarlah dari pengalaman kes Forex dan Memali yang sedang hangat kita bincangkan sekarang ini. Keadilan itu boleh dilewatkan, tetapi tidak boleh dinafikan.

Loading...

Sumber: sskeruak.blogspot.my



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...