KEPUTUSAN MKT BUKTI UMNO SEKADAR ‘MERIAM BULUH’, BUNYI JE KUAT…

Mantan penyelaras parlimen Jasin Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan. Sumber (gambar): Fail TTF

Khairuddin Abu Hassan

Saya sudah menduga keputusan MKT UMNO untuk menundakan keputusan samada akan tinggalkan kerajaan ‘tebuk atap’ PN atau tidak sehingga perhimpunan agung UMNO.

UMNO adalah parti ‘meriam buluh’ yang mana bunyinya berdentam-dentum tapi hakikatnya ‘habuk’ pun tak ada.

Pemimpin-pemimpin kleptokrats UMNO ‘bacul’ dan mereka takkan berani bertindak melawan arus dengan kerajaan ‘tebuk atap’ PN kerana kedudukan ‘kluster mahkamah’ ini terlalu ‘ampuh’.




Zahid Hamidi tiada kekuatan dalam MKT UMNO. Presiden UMNO paling ‘haprak’ ini hanya mempunyai cengkaman di ‘biro politik’ UMNO saja.

Walaupun Zahid Hamidi adalah seorang presiden UMNO paling ‘haprak’ dalam sejarah kepimpinan UMNO tapi dia serta Najib Razak mempunyai kekuatan mengawal lebih dari 2/3 ketua-ketua bahagian.

Ini membawa erti ‘tali hayat’ Muhyiddin Yassin hanya akan kekal sehingga hujung bulan ini saja.

Pada perhimpunan agung UMNO ((PAU) pada hujung bulang ini; keputusan samada terus bekerjasama atau memutuskan hubungan dengan PPBM akan memihak kepada presiden serta mantan presiden UMNO paling korup ini.

Setakat ini Zahid Hamidi dan Najib Razak telah berjaya mempengaruhi seramai 143 ketua-ketua bahagian UMNO dari 191 bahagian untuk menolak kerjasama dengan PPBM.

Muhyiddin Yassin hanya ada masa sehingga hujung bulan Januari saja. Apapun, dari perkembangan politik mutakhir Muhyiddin Yassin serta kerajaan ‘tebuk atap’ PN bakal tumbang.

Karma serta balasan tuhan terhadap segala pengkhianatan Muhyiddin Yassin dan kerajaan ‘tebuk atap’ PN bakal menimpa golongan pengkhianat pada hujung bulan Januari. Insya-Allah, Ameen!!

Loading...

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...