
Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, menetapkan 15 November depan sebagai tarikh keputusan rayuan Naib Presiden PKR, Mohd Rafizi Ramli, terhadap sabitan dan hukuman ke atasnya membabitkan Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (BAFIA) pada Februari tahun lalu.
Terdahulu, ketika memberi hujahan, peguam kepada bekas Ahli Parlimen Pandan itu, Ahmad Nizam Hamid, berkata keterangan saksi pendakwaan, iaitu Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC), Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, bersama dua wartawan tidak boleh diterima sebagai keterangan disebabkan ekshibit P4, iaitu kenyataan media tidak boleh diterima.
Prosiding petang tadi juga menyaksikan galeri awam di mahkamah penuh dengan kehadiran Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail; Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar; serta penyokong Mohd Rafizi.
SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, menetapkan 15 November depan sebagai tarikh keputusan rayuan Naib Presiden PKR, Mohd Rafizi Ramli, terhadap sabitan dan hukuman ke atasnya membabitkan Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (BAFIA) pada Februari tahun lalu.
Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa turut menetapkan tarikh sama bagi keputusan rayuan bekas kerani bank, Johari Mohamad, atas sabitan dan hukuman sama ke atasnya.
Mohd Yazid juga mengarahkan semua pihak supaya menyerahkan transkrip hujahan prosiding hari ini kepada mahkamah dalam tempoh 10 hari.
“Mahkamah akan meneliti semula hujahan ini sebelum membuat keputusan,” katanya.
Terdahulu, ketika memberi hujahan, peguam kepada bekas Ahli Parlimen Pandan itu, Ahmad Nizam Hamid, berkata keterangan saksi pendakwaan, iaitu Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC), Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, bersama dua wartawan tidak boleh diterima sebagai keterangan disebabkan ekshibit P4, iaitu kenyataan media tidak boleh diterima.
Beliau berkata, pihaknya beranggapan pendakwaan ada masa yang cukup untuk mencari P4 berkenaan, namun mereka tidak memanfaatkannya.
“Keterangan diberi menggunakan salinan asal P4. Mereka ada masa untuk mencari tetapi gagal membuat penjejakan.
“Pihak kami beranggapan pendakwaan gagal sepenuhnya untuk melengkapkan bukti,” katanya.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahman, berkata peruntukan undang-undang tidak memerlukan usaha lebih daripada pendakwaan bagi mencari dokumen hilang.
“P4 ini dokumen unik sebab diperoleh daripada saksi pendakwaan keempat yang mengaku menerima kenyataan media itu dari lokasi kejadian.
“P4 ini dikemukakan di mahkamah dan dia boleh mengecam salinan kenyataan media miliknya berdasarkan contengan dibuat,” katanya.
Prosiding petang tadi juga menyaksikan galeri awam di mahkamah penuh dengan kehadiran Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail; Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar; serta penyokong Mohd Rafizi.
Note: Sila klik butang “notification” untuk dapatkan pemberitahuan setiap kali artikel diterbitkan
Sumber:
Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don’t need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).
FOLLOW US ON YOUTUBE, TELEGRAM AND TWITTER:
YOUTUBE: THE THIRD FORCE
TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)
TELEGRAM: Rosdzaman Dato’ Hj Mohd Yusup
TELEGRAM: Norismail Sarbini
TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)
WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com
