Note: English version is provided below
“Najib tidak perlu menjelaskan bagaimana dia (kononnya) mengembangkan aset negara daripada RM800 juta kepada RM2 trilion, kerana istilah “memalukan negara” yang digunakan oleh hakim hanya merujuk kepada peranannya dalam skandal SRC dan bukan peranannya sebagai ahli ekonomi”
Raggie Jessy Rithaudeen
كڤوتوسن رايوان سرچ: نجيب ڬاڬل جواب سؤالن ورتاون مليسياكيني
Semalam, Datuk Seri Najib Tun Razak membuat satu sidang media sejurus selepas Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan awal Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung peranan Najib dalam skandal SRC.
Pada sidang media itu, Najib diminta oleh wartawan Malaysiakini untuk mengulas kenyataan mahkamah bahawa beliau “memalukan negara.”
Najib memulakan hujahnya dengan mendakwa, beliau ‘berjaya’ mengembangkan aset negara daripada RM800 bilion kepada RM2 trilion dan hanya menumpukan kepada kepentingan negara.
Najib kemudian bertindak lari dari landasan dan bercerita bagaimana “skandal pertukaran wang asing,” yang didakwanya telah menyebabkan negara rugi RM31 bilion, “memalukan negara dengan cara yang lebih besar.”
Izinkan saya untuk memulakan hujah saya di sini, dengan menyatakan sejelas-jelas mungkin, bahawa Najib gagal menjawab dengan tepat soalan wartawan berkenaan dan membuang masa dengan bercakap perkara yang tidak berkaitan.
Saya berkata demikian atas sebab-sebab berikut:
1. Dalam mana-mana kes yang dibicarakan, mahkamah hanya akan menyampaikan keputusan berdasarkan bahan bukti dan keterangan yang relevan kepada kes sepertimana ianya dikemukakan oleh saksi atau tertuduh, dan juga penghujahan pihak pembelaan dan pendakwaan.
2. Semalam, Mahkamah Rayuan bersidang untuk memutuskan nasib Najib berhubung kes SRC yang dibicarakan di Mahkamah Tinggi, yang mendapatinya bersalah atas beberapa tuduhan pecah amanah jenayah, pengubahan wang haram dan salah guna kuasa.
3. Mahkamah tidak bersidang untuk membuat perbandingan antara kes SRC dan apa jua yang mungkin telah berlaku atau tidak berlaku berhubung “skandal pertukaran wang asing.”
4. Oleh itu, apabila hakim berkata Najib “memalukan negara,” beliau merujuk hanya kepada perkara yang berkait secara langsung dengan perbicaraan kes SRC (di Mahkamah Tinggi) dan rayuan kes SRC (di Mahkamah Rayuan), bukannya membandingkan kes SRC dengan mana-mana kes atau skandal lain yang tidak melibatkan Najib atau SRC.
5. Oleh itu, Najib tidak perlu mengalihkan perhatian umum kepada mana-mana isu lain, dan sebaliknya, jelaskan kepada wartawan jika dia bersetuju dengan hakim bahawa dia “memalukan negara” semata-mata berdasarkan perkara yang berkait dengan kes SRC, bukan sebarang kes lain.
6. Najib juga menggunakan istilah “memalukan negara dengan cara yang lebih besar” apabila merujuk kepada ‘skandal forex’, sekaligus memberi bayangan bahawa beliau bersetuju kesnya juga “memalukan negara dengan cara yang amat besar.”
7. Najib tidak perlu menjelaskan bagaimana dia mengembangkan aset negara daripada RM800 juta kepada RM2 trilion, kerana istilah “memalukan negara” yang digunakan oleh hakim hanya merujuk kepada peranannya dalam skandal SRC, bukan peranannya sebagai ahli ekonomi .
English version:
Yesterday, Datuk Seri Najib Tun Razak held a press conference soon after the Court of Apeal read its decision to uphold an earlier verdict by the Kuala Lumpur High Court regarding Najib’s role in the SRC scandal.
At the presser, Najib was asked by a reporter from Malaysiakini to comment on the court’s statement that the former prime minister was “a national embarrassment.”
To this, Najib began by explaining how he had allegedly expanded national assets from RM800 billion to RM2 trillion and focused only on national interests.
Najib then went off on a tangent and began talking about a “foreign exchange scandal,” which he claimed had cost the country RM31 billion and was a “more colossal national embarrassment.”
Let me begin by saying that Najib failed to accurately answer the reporter’s question, and, in my humblest opinion, was beating around the bush.
I say this for the following reasons:
1. In any given case, a court delivers rulings based solely upon evidences and testimonies material to the case as they are presented by witnesses or the accused, and arguments presented by the defense and prosecution.
2. Yesterday, the Court of Appeal convened to decide on Najib’s fate in relation to the SRC trial by the High Court that found the former prime minister guilty on charges of criminal breach of trust, money laundering and abuse of power.
3. The court did not convene to do a comparison between the SRC case and what may or may not have transpired at any point in time with regards to a purported “foreign exchange scandal.”
4. Thus, when the learned judge referred to Najib as a “national embarrassment,” he did so based solely upon matters pertaining to the SRC trial (at the High Court) and the subsequent appeal process (at the Court of Appeal), not by comparing the SRC case with any other case or scandal that did not involve Najib or SRC.
5. Therefore, Najib need not shift the spotlight onto any other case, and instead, explain to the reporter if he agreed with the judge that he was in fact a “national embarrassment,” based solely upon matters related to his case, not any other case.
6. Najib also used the term “a more colossal national embarrassment” when referring to the purported ‘forex scandal’, which seems to imply that he agrees his case is also a “colossal national embarrassment.”
7. Najib need not have explained how he allegedly expanded national assets from RM800 million to RM2 trillion, as the term “national embarrassment,” used by the judge, was referring only to his role in the SRC scandal, not his role as an economist.
WAJIB TONTON:
MALAYSIAN POLITICS – THE UGLY AND BITTER TRUTH EVERYONE SHOULD KNOW (PART 1)
