Keputusan SPR halang Sivarraajh mengundi tidak jelas

Keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menghalang ahli parlimen Cameron Highlands Dato’ C Sivarraajh didaftar sebagai pemilih dalam mana-mana pilihan raya dianggap sebagai tidak jelas.

Mahkamah Pilihan Raya baru-baru ini membatalkan kemenangan Barisan Nasional (BN) di parlimen Cameron Highlands atas dakwaan wujud pembelian undi.


KOTA BHARU: Keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menghalang ahli parlimen Cameron Highlands Dato’ C Sivarraajh didaftar sebagai pemilih dalam mana-mana pilihan raya dianggap sebagai tidak jelas.

Bekas Yang Dipertua Dewan Negara ke-16, Tan Sri Abu Zahar Nika Ujang menyifatkan keputusan itu sebagai memanipulasi keputusan Hakim Mahkamah Pilihan Raya.




“Tidak boleh bertanding boleh diterima, ia sudah termaktub dalam perlembagaan, tetapi soal tidak boleh mengundi itu merupakan satu keputusan tidak betul.

“Sebab itu saya kata keputusan itu masih samar dan belum ada keputusan yang tepat,” katanya pada program perundangan dan perbahasan wakil rakyat di Kota Darulnaim semalam.

Mahkamah Pilihan Raya baru-baru ini membatalkan kemenangan Barisan Nasional (BN) di parlimen Cameron Highlands atas dakwaan wujud pembelian undi.

Berikutan keputusan tersebut menyebabkan Ahli Parlimen kawasan itu tidak dapat didaftarkan sebagai seorang pemilih dalam pilihan raya dalam tempoh lima tahun bermula 13 Disember.

Pengerusi SPR Azhar Azizan Harun juga dilapor berkata pihaknya mengesahkan Sivarraajh yang juga Naib Presiden MIC tidak layak bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PKR) Cameron Highlands 26 Januari ini.

Sumber: Harakah Daily



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...