Keputusan Tengku Razaleigh tidak sertai perbahasan Belanjawan 2021 dipuji ramai

Tengku Razaleigh Hamzah sebelum ini menggelar Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri “tidak sah.” Sumber (gambar): Fail TTF

كڤوتوسن تڠكو غزالياغ تيدق سرتاي ڤربهاسن بلنجاوان 2021 دڤوجي راماي

Tokoh veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah telah mengutuskan sepucuk surat bertarikh 19hb November 2020 kepada Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun, memaklumkan keputusannya untuk tidak akan turut serta dalam perbahasan Belanjawan 2021.

Surat tersebut, yang merupakan balasan Tengku Razaleigh kepada kenyataan Azhar bulan lalu, meletakkan usul undi tidak percaya terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai syarat untuk veteran UMNO itu terlibat dengan perbahasan belanjawan.

Gesaan itu dibuat menerusi sepucuk surat bertarikh 25hb Spetember 2020 di mana Tengku Razaleigh turut menyelitkan butiran tawaran GLC kepadanya yang dianggap ‘rasuah politik’.

Butiran tersebut menjurus kepada laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Muhyiddin atas dakwaan beliau menyogok kedudukan kepada Ahli Parlimen Gua Musang itu.

Kenyataan Tengku Razaleigh mendapat pujian daripada ramai netizen yang rata-ratanya terkejut tetapi bersetuju bahawa keengganan Azhar membenarkan usul tidak percaya terhadap Muhyiddin diberi keutamaan merupakan peristiwa hitam dalam sejarah demokrasi negara.


PETALING JAYA: Tokoh veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah telah mengutuskan sepucuk surat bertarikh 19hb November 2020 kepada Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun, memaklumkan keputusannya untuk tidak akan turut serta dalam perbahasan Belanjawan 2021.

Surat tersebut, yang merupakan balasan Tengku Razaleigh kepada kenyataan Azhar bulan lalu, meletakkan usul undi tidak percaya terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai syarat untuk veteran UMNO itu terlibat dengan perbahasan belanjawan.




“Memandangkan keabsahan kerajaan belum ditentukan, saya terikat dengan nurani dan sumpah saya dan maka tidak dapat turut serta dalam perbahasan belanjawan.

“Untuk turut serta dalam Dewan Rakyat dalam soal belanjawan tanpa terlebih dahulu menunjukkan keabsahan perdana menteri dan menterinya, adalah untuk menjejaskan satu prinsip penting Perlembagaan yang akan membawa kesan serius kepada usaha menegakkan Perlembagaan kita, kedaulatan undang-undang dan kemungkinan amalan ‘rasuah politik’ untuk mengekalkan kuasa…

“Pada pandangan saya, ‘rasuah politik’ boleh disifatkan sebagai ‘duri dalam daging’ yang akan memusnahkan sistem demokrasi berdasarkan perlembagaan dari dalam.

“Pandangan umum adalah ‘rasuah politik’ dan wang memusnahkan jiwa negara dan sistem politik kita,” kata Tengku Razaleigh dalam surat itu.

Kenyataan tersebut mendapat pujian daripada ramai netizen yang rata-ratanya terkejut tetapi bersetuju bahawa keengganan Azhar membenarkan usul tidak percaya terhadap Muhyiddin diberi keutamaan merupakan peristiwa hitam dalam sejarah demokrasi negara.

Pada 15hb Oktober 2020, Azhar mengutuskan jawapannya kepada gesaan Tengku Razaleigh agar usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin dibahaskan di Dewan Rakyat.

Gesaan itu dibuat menerusi sepucuk surat bertarikh 25hb Spetember 2020 di mana Tengku Razaleigh turut menyelitkan butiran tawaran GLC kepadanya yang dianggap ‘rasuah politik’.

Loading...

Butiran tersebut menjurus kepada laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Muhyiddin atas dakwaan beliau menyogok kedudukan kepada Ahli Parlimen Gua Musang itu.

Dalam jawapannya, Azhar mencadangkan agar Tengku Razaleigh berunding dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan agar usul tidak percaya terhadap Muhyiddin dibentangkan.

Tengku Razaleigh bagaimanapun menyangkal cadangan itu dalam surat terbarunya.

“Pada pandangan saya, menteri undang-undang tiada apa-apa peranan dalam menentukan sama ada usul undi tidak percaya boleh dibentang atau tidak.

“Cadangan bahawa perkara sepenting itu tertakluk kepada persetujuan menteri tidak selari dengan Perlembagaan dan pelanggaran serius terhadap autonomi dan kebebasan Dewan Rakyat daripada sebarang bentuk kawalan eksekutif,” katanya.

Walaubagaimanapun, dalam surat itu, Tengku Razaleigh tidak membayangkan sama ada dia akan menyertai undian belanjawan atau tidak walaupun menegaskan tidak akan menyertai perbahasannya.

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...