Kerajaan akan jual aset-aset FELDA sehingga hujung tahun depan

Tun Carlos

Menurut pengerusi FELDA Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) sudah memulakan proses penjualan aset-aset yang terdapat di Sabah, Sarawak dan London.

Beliau berkata penjualan aset yang dibeli dengan kos sebanyak RM2.2 bilion itu akan dijual untuk meningkatkan aliran tunai syarikat.

Beliau turut menjangka hasil jualan itu akan digunakan untuk menampung beban hutang hampir 112,635 peneroka, yang dianggarkan berjumlah RM8 bilion.

“Proses jualan aset akan berjalan mungkin sehingga pertengahan atau penghujung tahun hadapan.

Menurut beliau, semua keputusan yang dibuat oleh syarikat adalah dari kelulusan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Diharapkan harga yang kami dapat daripada penjualan aset ini boleh menampung liabiliti FELDA, dan juga untuk menolong masalah peneroka yang pada masa ini, sangat susah kerana harga sawit rendah.”katanya selepas merasmikan Majlis Konvokesyen Kolej Yayasan FELDA ke-22, di sini, hari ini.

Comments

Comments


Loading...