KERAJAAN AKAN TUMBANG SELEWATNYA HUJUNG JANUARI, MAHATHIR, KU LI HARUS AMBIL ALIH

Mantan penyelaras parlimen Jasin Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan. Sumber (gambar): Fail TTF

Khairuddin Abu Hassan

كراجأن اكن تومبڠ سليواتڽ هوجوڠ جانواري، محضير، كو لي هاروس امبيل اليه

Kerajaan ‘tebuk atap’ PN yang diasaskan oleh segelintir kalangan pengkhianat dari PH pada suatu masa dahulu bakal tumbang selewatnya pada hujung bulan Januari ini, Insya-Allah, Ameen.

Kini barulah mereka tahu bukan senang untuk mentadbir dan membangunkan ‘Malaysia Baharu’ sepertimana yang diusahakan secara gigih oleh kerajaan PH yang dipimpin oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Rata-rata pendapat rakyat jelata pada hari ini amat yakin dengan gabungan dua tokoh negarawan iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad bersama YBM Tengku Razaleigh Hamzah untuk ambil-alih teraju kepimpinan negara.




Kedua tokoh negarawan yang berpengalaman luas ini mempunyai nawaitu yang cukup ikhlas ke arah memperbetulkan semula kepimpinan negara tanpa mempunyai sebarang agenda kepentingan peribadi.

Kemelut politik, ekonomi serta pandemik Covid-19 hanya boleh ditangani oleh kedua-dua tokoh ini.

Kali ini kita harus ketepikan semua perbedaan pendapat dalam politik dan terus berdoa agar Tun Dr Mahathir Mohamad bersama YBM Tengku Razaleigh Hamzah akan berjaya bergabung atas semangat yang luhur bagi membina semula negara yang tercinta ini.

Bukan senang untuk mentadbir negara secara berkesan.

Lihat saja segala kerosakan masakini yang dilakukan oleh kerajaan ‘tebuk atap’ PN yang sedang membawa balik segala unsur salahlaku seperti rasuah mahupun salahguna kuasa sepertimana zaman kerajaan kleptokrasi dahulu.

Kerajaan ‘tebuk atap’ PN sedang memperkasakan semula kepimpinan kleptokrasi pada hari ini.

Para pemimpin kerajaan ‘tebuk atap’ PN bukan ikhlas untuk membangunkan semula negara kita tetapi mereka hanya menggunakan kuasa yang ada bagi memakmurkan diri sendiri semata-mata.

Loading...

Andaikata kerajaan ‘tebuk atap’ PN tumbang selewatnya pada hujung bulan januari ini; keseluruhan rakyat Malaysia menyandarkan harapan tinggi kepada KDYMM Agong bagi mempertimbangkankan nama Tun Dr Mahathir Mohamad dan YBM Tengku Razaleigh Hamzah selaku tokoh paling ‘senior’ untuk ambil-alih kepimpinan negara.

Pemimpin-pemimpin UMNO hanya ‘gila kuasa’ dan tidak langsung memperdulikan permasalahan pandemik Covid-19 yang terus mendesak agar pilihanraya umum ke 15 diadakan secara segera.

Najib Razak, Zahid Hamidi, Ahmad Maslan serta beberapa orang lagi tokoh pemimpin kleptokrats UMNO tidak ‘peka’ langsung dengan risiko yang bakal menimpa rakyat jelata seandainya pru15 diadakan pada masakini.

Inilah kegilaan pemimpin-pemimpin kleptokrats UMNO!! Semua agenda perjuangan mereka hanyalah untuk kepentingan diri saja.

Kita harap rakyat Malaysia tanpa kira kaum buka mata secara seluas-luasnya melihat gelagat nafsu rakus mereka.

Dalam lanskap politik negara sekiranya kita mahu suasana yang aman; pemimpin-pemimpin kleptokrats serta anwar ibrahim harus ditolak secara total.

Tiadanya pemimpin-pemimpin ‘kluster mahkamah’ UMNO berserta Anwar Ibrahim maka aman lah senario politik Malaysia.

Mereka ini adalah kalangan ‘pelacur politik’ dan ‘virus kanser’ yang sedang mematikan amalan politik matang.

KDYMM Agong adakah seorang raja yang bijak dan kali ini diharapkan satu formula bagi mengujudkan ‘kerajaan perpaduan’ yang tulen bakal dipertimbangkan oleh istana demi menyelamatkan tanahair kita dari terus dirosakkan oleh golongan ‘kluster mahkamah dan Anwar Ibrahim.

‘Raja dan rakyat berpisah tiada!’

Demi kesejahteraan masa depan cemerlang negara; Najib Razak, Zahid Hamidi, anwar ibrahim dan beberapa orang lagi pemimpin kleptokrats harus ‘dinyahkan’ terus dari lanskap politik negara.

Tanpa penyangak-penyangak ini insya-Allah suasana negara kita akan aman damai dari segenap segi.

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...