
Raggie Jessy Rithaudeen
كراجأن باير لبيه دوا كالي ڬندا اونتوق ۏكسين چوۏيد-19؟ سيلا جلسكن، خيري…
Khairy Jamaluddin hari ini mendedahkan bahawa kerajaan memperuntukkan RM2.05 bilion bagi pembelian vaksin Covid-19 bagi 82.8 peratus warga Malaysia.
Ini merupakan anjakkan sebanyak 12.8 peratus dari bilangan penduduk yang awalnya dikatakan menjadi target bagi pembelian vaksin dari Pfizer dan syarikat-syarikat lain.
Khairy mendedahkan bahawa Malaysia akan membeli vaksin secara langsung dari Pfizer, Covax dan AstraZeneca serta tiga lagi syarikat lain.
Menurutnya, kerajaan kini sedang mengadakan perbincangan dengan dua syarikat China, Sinovac dan CanSinoBIO, dan juga sebuah agensi dari Rusia bagi bekalan vaksin.
Khairy menjelaskan, peruntukan RM3 bilion yang dilaporkan sebelum ini hanyalah anggaran kasar Kementerian Kewangan bagi tujuan pembelian vaksin, bukannya nilai sebenar yang diperlukan.
“Baki (daripada RM3 bilion) akan dijadikan pemampan sekiranya berlaku pembelian di masa hadapan,” katanya.
Malangnya, Khairy masih gagal menjawab soalan yang telah saya kemukakan semalam berhubung kos vaksin dan perkara-perkara lain yang berbangkit.
Saya menulis:
Seorang menteri dari Belgium telah bertindak mendedahkan harga yang telah dipersetujui oleh Kesatuan Eropah sebagai bayaran bagi vaksin Covid-19, sekaligus menimbulkan persoalan berhubung peruntukan oleh Kerajaan Malaysia (GoM) bagi pembelian itu.
Menurut The Guardian, Eva De Bleeker menyiarkan senarai harga kilang vaksin Covid-19 dari beberapa pembekal di Twitter, dengan jumlah setiap vaksin yang negara itu ingin beli dari EU.
Senarainya adalah seperti berikut:
Oxford/AstraZeneca: €1.78 (£1.61).
Johnson & Johnson: $8.50 (£6.30).
Sanofi/GSK: €7.56.
Pfizer/BioNTech: €12.
CureVac: €10.
Moderna: $18.
Dalam artikel berkenaan (rujuk di bawah), saya membuat perhitungan kos yang perlu ditanggung oleh kerajaan Malaysia seandainya bekalan vaksin untuk 70 peratus penduduk dibeli dari Pfizer dan mendapati nilainya RM1.36 bilion (ex-factory), atau RM19.43 juta bagi setiap satu peratus penduduk.
Memandangkan kerajaan kini berhasrat untuk membeli bekalan vaksin bagi 82.8 peratus penduduk, jika kita andaikan kesemuanya dibeli dari Pfizer, maka harga kos yang bakal ditanggung oleh kerajaan hanya bernilai RM1.608 bilion, bukannya RM2.05 bilion.
Tetapi kerajaan Malaysia tidak membeli kesemua bekalannya dari Pfizer.
Hari ini, Khairy mengesahkan bahawa kerajaan turut mendapatkan bekalannya dari lima syarikat lain, termasuk:
1. AstraZeneca, di mana harganya 6.71 kali lebih murah dari Pfizer (rujai senarai atas), dan
2. Syarikat-syarikat dari China, yang harganya pasti jauh kurang dari Pfizer,
Sebelum ini, Khairy menjelaskan bahawa harga yang dirunding oleh kerajaan Malaysia dengan syarikat-syarikat berkenaan hanya meliputi kos kilang (ex-factory) dan tidak termasuk kos penghantaran dan penyimpanan, bermakna RM2.05 bilion yang diperuntukan oleh kerajaan Malaysia hanyalah bagi membayar syarikat dari mana vaksin itu dibeli.
Justeru, kos sebenar yang harus ditanggung oleh kerajaan Malaysia untuk pembelian vaksin (ex-factory) tidak mungkin mencecah angka RM1 bilion, bermakna kerajaan Malaysia membayar pihak tertentu lebih dua kali ganda nilai yang benar-benar perlu dibayar.
Bukankah begitu Khairy, atau adakah saya terkhilaf?
Bersambung…
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:

