Kerajaan dituduh beri keutamaan agih jawatan hingga terlepas peluang lindung perniagaan

Sidang 18hb Mei lepas dihadkan tempohnya selama sehari bagi mendengar Titah Yang di-Pertuan Agong tanpa diberikan ruang untuk urusan selanjutnya, termasuk perbahasan titah Baginda Tuanku. Sumber (gambar): Fail TTF

كراجأن دتودوه بري كاوتامأن اڬيه جاوتن هيڠڬ ترلڤس ڤلواڠ ليندوڠ ڤرنياڬان

Ahli Parlimen Bandar Kuching, Kelvin Yee berkata Putrajaya gagal mengambil tindakan segera untuk melindungi rakyat dan perniagaan yang melanggar kontrak ekoran wabak Covid-19.

Menurut Yii, kerajaan berkeras untuk mengadakan sidang Parlimen hanya satu hari pada 18 Mei lalu bagi memenuhi formaliti (agar parlimen Malaysia ke-14 tidak terbubar) hingga terlepas peluang untuk menggubal undang-undang penting.

Sebaliknya, penumpuan telah diberikan terhada pengagihan jawatan GLC dan pelantikan utusan khas sebagai laba politik.

“Kerajaan sekarang silap memilih prioriti mereka,” katanya.

Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla sebelum ini mendakwa sidang sehari tanpa bahas itu melanggar keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang dan boleh dipertikaikan di mahkamah.


PETALING JAYA: Ahli Parlimen Bandar Kuching, Kelvin Yii berkata Putrajaya gagal mengambil tindakan segera untuk melindungi rakyat dan perniagaan yang melanggar kontrak ekoran wabak Covid-19.

Menerusi posting di Facebook, Kelvin berkata, Putrajaya hanya dapat membuat undang-undang tersebut pada bulan Oktober memandangkan Dewan Negara hanya bersidang pada bulan September.




“Mereka sengaja mengelak parlimen walaupun banyak rang undang-undang Covid-19 perlu diluluskan.

“Paling awal mereka dapat lakukannya adalah Julai. … Dan semua undang-undang juga masih perlu melalui Dewan Negara yang hanya bersidang pada bulan September.

“Ini bermaksud undang-undang itu paling cepat dapat diwartakan pada akhir September atau kemungkinan Oktober.

“(Ini bermaksud) bahawa sepanjang masa, atau hampir satu tahun, rakyat kita tidak mempunyai perlindungan undang-undang terhadap kesan ekonomi Covid-19.

“Kesan wabak ini tidak akan menunggu siapa pun terutama kerajaan yang lambat melakukan tindakan,” katanya.

Yii merujuk kepada kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Takiyuddin Hassan yang mengumumkan Jumaat lalu usaha kerajaan mengemukakan undang-undang bagi mengurangkan kesan ekonomi ekoran Covid-19.

Menurut Yii, kerajaan berkeras untuk mengadakan sidang Parlimen hanya satu hari pada 18 Mei lalu bagi memenuhi formaliti (agar parlimen Malaysia ke-14 tidak terbubar) hingga terlepas peluang untuk menggubal undang-undang penting.

Loading...

Sebaliknya, penumpuan telah diberikan terhada pengagihan jawatan GLC dan pelantikan utusan khas sebagai laba politik.

“Kerajaan sekarang silap memilih prioriti mereka.

“Walaupun Kementerian Kesihatan telah melakukan pekerjaan dengan baik untuk mengendalikan penularan penyakit ini, tetapi nampaknya kementerian yang lain lambat untuk melindungi orang dari kesan ekonomi akibat virus tersebut. Atau mereka sibuk melakukan perkara lain.”

Pihak pemaju merupakan salah satu daripada kumpulan-kumpulan perniagaan yang meminta tindakan “force majeure” sebagai perlindungan kerana tidak dapat memenuhi tarikh akhir kontrak disebabkan wabak Covid-19.

Sidang 18hb Mei lepas dihadkan tempohnya selama sehari bagi mendengar Titah Yang di-Pertuan Agong tanpa diberikan ruang untuk urusan selanjutnya, termasuk perbahasan titah Baginda Tuanku.

Perkara ini tidak disenangi oleh majoriti pemimpin pembangkang, khususnya Tun Dr Mahathir Mohamad, yang berkata sidang berkenaan tidak memenuhi syarat untuk digelar sidang parlimen.

Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla pula mendakwa sidang sehari tanpa bahas itu melanggar keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang dan boleh dipertikaikan di mahkamah.

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...